Thursday, April 18, 2013

PR1MA.

Assalamualaikum.


Saya macam biasa tak ada keje, hari-hari pasang WHI (wanita hari ini) dan biasanya main pasang je. Bila tajuk menarik baru fokus. Tadi ada satu topik menarik yang saya tengok...  pasal PR1MA. Teiba-tiba satu kesedaran masa depan melintas di fikiran. fuyooh. ayat novel tak lepas guwe.


PR1MA.

Terus tengok tefon. ishk. tak ada, maknanya dia busy sebab hari ni incik tunang ada keje.. kena ke Johor ambil barang. Jadi, tak pelah sat lagi lah tanya dia... padahal dalam hati melompat-lompat nak tanya nih. haha. tak sopan betul. 

Dong ding dong.. message.

Abaikan bunyi tu, bukan ringtone saya pom. Hah. dia dah message.... then, dah berbasa-basi baru saya tanya.. karang maen terjah je nampak sangat tak saba.

"dah daftar PR1MA tak? sebab tadi dengar kat tv dia kata pemilihan melalui undian.... daftar sekarang kot nanti kena tunggu turn.."

dia balas.

"oh dah daftar dah.. tapi tak dapat lagi... *tet* dah dapat tak BR1M?"

eh.. eden tanya pasal PR1MA kenapa masuk bab BR1M ni....

"eh.. dah daftar PR1MA? waa... tak bgitahu pon.. bagus2.. nati senang ley beli rumah pertama kite.. hehe. baru tengok WHI tentang PR1MA. diorang cabut undi nanti.. BR1M tak dapat lagi.. hehe.."

"eh... oh rumah pertamaku tak daftar lagi... bla. bla. bla...."

Start bebel. hehe.

Then, incik tunang suruh saya daftarkan guna nama dia..... betul apa. Baik mintak sekarang.. tak semestinya dapat terus. Yela, seksok nak kawen nak ada rumah sendiri kalau boleh. dah ada PR1MA ni baguslah. Membantu orang baru nak hidup kan.

Awak dah daftar? hehe. nak daftar Klik PR1MA ni ea.. nanti ikut arahan dia. Tuk masa depan, siapa tak ada rumah lagi tu boleylah.. Dia banyak jenis unit. ada teres dan apartment. Dan ada kecil dan besar. Tapi tadi ada satu soalan hangat yang pengacara WHI tanya. bagus soalannya.

"Bagaimanapula dengan mereka yang bekerja tapi tiada slip gaji.. bagaimana bagi golongan ini nak memohon..."

Dan nak tau.. ketua pengarah PR1MA sendiri tak ada jawapan bernas untuk itu. Jawab pon tersekat-sekat. Agaknya tak sangka soalan ini diajukan... lastly, dia tak menjawab soalan pun. Sedih betul. Betul jugak. saya pun nak tahu. bak kata abah punya kawan..."golongan tak ada slip gaji macam tak diakui rakyat malaysia" sebab semua benda susah nak diluluskan kecuali beli cash. yela, kadang-kadang income bulan-bulan ada tapi tak semestinya mampu beli cash kan.

Soalan sama diajukan pada perunding keewangan PR1MA.... maybe sebab soalan tak dijawab kan oleh Ketua Pengarahnya... Dan dia cuma kata bila dah mohon simpan duit siap2 untuk muka rumah.. bersedia sebelum dapat supaya pembelian berjalan lancar... okay.. cadangan menarik dari segi planning tapi still tak ley rungkai isu pembelian tanpa slip gaji. Tak pelah,sekurang-kurangnya bukan bidang kuasa dia, harap Ketua Pengarah lah yang jawab sebenarnya.... 

Apapun, sesiapa yang mahukan PR1MA sila daftar cepat ya... moga-moga ada rezeki anda dan saya. =)

With L.O.V.E,
H&M

3 comments:

  1. assalamualaikum kak maria. hee. dah jarang update skrg? heee. sheila tak buat lagi PR1MA ni, sebab nak try loan lain dulu hee

    ReplyDelete
  2. Ohh..bagus2..untuk masa depan.


    p/s: Saya suka cara akak..hehe..cara apa? biarlah rahsia..hihi.

    ReplyDelete
  3. pernah try, tapi tak dapat lagiii.. susahhhh :(

    ReplyDelete

*Wink*