Friday, November 1, 2013

Design baju Nikah pilihan.

Assalamualaikum.

Haii peeps.! lama betul tak hupdate. berhabuk dah. belog ni paling berhabuk berbanding my personal blog ituww.

Okay.

Bila planning pasal kahwin. Saya paling takot bila saya tak cantik masa itu. HAHA. okay. ngade-ngade tapi itu kisah benar. SAya takot majlis tak berjalan lancar. Takot tak memenuhi citarasa saya. Umm. 

Tapi dalam risau.. saya masih berupaya untuk gugel design Baju Nikah yang berkenan di hati.

Tema? USah di tanya pleaseeeee... HAHA. Until now.. i dont really have a theme yet. Ala garden je la. HAHA.. Verangan okeh. duduk kampung nak buat ala garden. bunga apa je boleh letak? bunga kertas mak banyak la. Nak theme yang hebat pada saya kosnya juga perlu hebat.

Oleh itu, teman-teman sekalian. Saya plan nak plan sampai pengsan supaya jumpa theme dan plan yang va-ke-va-ke-babom tapi berpatutan. ehem. ade ke? kehkeh.

Dan pilihan baju nikah sudah tentu menyakitkan hati saya sebab saya jenis yang payah berpuas hati bila melibatkan penggayaan diri. Elok ke? Lawa ke? nampak gemok tak? bla-bla-bla.... dan saya sangat rendah diri. Sobs.

Sebab itu jugak saya susah nak bergambar sorang-sorang. malu. malu weh. kalau line clear baru mampu.

Tapi dalam banyak-banyak saya gugel. Banyak yang saya tak berkenan. Saya tak suka kain meleret-leret. saya duk kampung okeh. kenduri pon di kampung. bila meleret-leret logik ke saya akan angkut sume batu, pasir naik pelamin. fuh. Tau la keje bergelumang dengan batu. Tok se kawe.

antara yang menarik perhatian ialah:


1. Okeh. Dress atas ni sangat ba-ke-ba-ke-baboom... Saya suka. putih itu suci. Tapi saya ada satu masalah lagi. let say lah saya pakai warna ni masa nikah... next time outdoor pakai uniform H nanti, tak kan nak pakai balik? haha. okeh, memang jimat tapi saya tak mo. Nak pakai baju lain, pleasseee.  vAriasikan foto anda ya.

But design dia boleh dipertimbangkan.


2. Design dan warna baju di atas sangat cantik dan soft untuk buat baju nikah. Tak banyak komen pasal baju dia. design dia memang citarasa saya.. cuma.. bahagian atas yang terdedah tu boleh diubah suai sikit supaya menutup aurat kan. umm. cantik. saya suka baju yang lehernya menutup... satu masalah timbul dengan design ni, bila tudung masok dalam macam tak sesuai je. Jadi seksi pulak. um. ke tak? i dunno.


3. Pink belacan. suka jugak..... asal gambo ni pecah-pecah ah? aish. spoiled my mood. Design belah kiri tu cun.. warna pon cun.... um. lace dia walaupun banyak tapi tak nampak berat sebab bunga timbul-timbul tak ada. hopefully nanti saya tak terpaksa pakai baju banyak bunga 3D,4D nih. rimas cheq!


4. Pilihan di atas amat-amat saya cintai. cantik. sobs. ley tak cari kain dan lace sebijik macam ni tapi harga tak ribuan ringgit.? gulps. payah-payah..... Warna saya suka, design saya sudah jatuh cinta....

Dan, nak selitkan jugak pilihan ke-5 yang sempat saya kongsikan...:


5. Design, warna, auranya saya suka. "PUTIH ITU TETAP MELAMBANGKAN KESUCIAN" . Maap gambar kecik cinonet sebab pixel dia kecil.

SO, macam mana? okay tak pilihan saya...? dan pilihan anda macam mana? Ada pendapat lain untuk  saya yang kebuntuan? berminat dengan pilihan di atas? fikir-fikirkan... selamat beramal... hehehe. *pernah berangan disunting menjadi pengacara tv*

HAHA. abaikan.

with L.O.V.E,
H&M

No comments:

Post a Comment

*Wink*