Sunday, March 31, 2013

SETAHUN.

Assalamualaikum.

Sebenarnya kisah saya dan incik tunam tak pernah saya sebut dalam blog SPMA, ada satu post pasal dia pun saya sebut berkias. hehe. Tapi saya tahu ada yang faham kan. dalam entry INI

Macam mana saya jumpa dia?

Tak segan saya katakan kami mula-mula jumpa di Genting. Kota Keriangan. ehem. Masa tu keluar dengan housemates. Ramai-ramai. 10 orang pergi. Tapi, sebelum sempat kami menghuru-harakan diri bermain, kami digemparkan dengan berita; salah seorang kawan kami kehilangan handphone. Dipendekkan cerita, kes itu menyebabkan kami bertemu. 

Waktu tu suara saya serak-serak macam tu. hehehehe. sakit tekak dah nak sebulan, tak kurang-kurang..

Dan ketika itu dia sebagai polis bantuan di situ. Masa dia bantu uruskan kes tu. Kami tak berkomunikasi sangat sebab dia banyak berhubung dengan kawan saya yang kehilangan handphone. Dipendekkan cerita lagi, masa kami nak pulang.. dia ada minta no saya daripada kawan saya yang kehilangan handphone ituu menggunakan nombor telefun kawan saya yang satu lagi, handphonenya tidak ditemui. 

Awal-awal tu kawan saya tak kasi, masih ingat di ingatan...

"tak payah lah mai, dia keje genting.."

Masa tu sentap jugak. Kenapa.. Jadi seminggu berlalu sepi tanpa jawapan. Saya pula segan nak cakap yang hati saya pun berkenan. Jadi, anggap sahaja tiada jodoh. Tapi mungkin takdir tuhan, hampir seminggu kemudian.. no telefun saya bertukar tangan. =)

Kami pun mula berkenalan... baru berkenalan 2 bulan jarak jauh tanpa berjumpa. Dia ada tanya saya satu soalan pelik...

"andai kata hakim dapat masuk askar, sanggup tak tunggu hakim 6 bulan.. Lepas 6 bulan, hakim janji hantar pinangan.."

saya masa tu fikir... "eh, bila entah nak masuk askar... sekarang kan polis.." Jadi, tanpa curiga saya jawab..

"ehem... okay. InshaAllah tunggu.."

Tak lama lepas itu, dia dapat tawaran masuk tentera. Nak pergi katanya.. minat. Saya terkedu. Maka dengan itu, rasminya dia ke sana 6 bulan dan terputuslah hubungan sementara kerana bila masuk training, mereka tak dibenarkan memegang handphone. sobs.

Hari-hari tunggu phone call.

Selepas 8 bulan berkenalan. Kami berjumpa buat kali pertama. Dan perjumpaan itu bersama keluarga. Alhamdulillah, sehari kemudian.. ayahnya meluahkan niat menghantar rombongan untuk bertunang.

Itu serba ringkas tentang kami. Sebelum tunang, kami cuma pernah bertemu tiga kali.. Pertama, semasa dia meminta nombor di genting. Kedua, bertemu dan dibawa berjumpa keluarga. Ketiga, barulah jumpa berdua. Dan terakhir, semasa bertunang. Berborak pon tak sempat sebab busynya dia mengalahkan saya.

Hari ini genap SETAHUN SEHARI kami saling mengenali..... dan 9 hari kami bertunang. Perkenalan kami bukanlah perkenalan yang kaya dengan pertemuan, namun tetap menyebabkan saya bersyukur... "semoga dia jodoh saya.. aaminn ya RABB.."

Bila ada sahabat baik saya bertanya, 

"macam mana mai tahu dialah orangnya, sebab aku tau ko jenis bukan senang suka orang..."
"entahlah... senyumannya kot."

Tiada jawapan pasti untuk itu, yang saya pasti... saya juga terpaut hati dengannya... ehem. 


With L.O.V.E
H&M

DIY Paper Bag.

Assalamualaikum.

Belum cerita pasal paper bag, saya dah post pasal goodies. Tak ikut turn. hehe. maapkan saya.

Sekarang zaman DIY, semua benda nak DIYkan. Semasa majlis tunang saya, saya DIY paper bag sendiri. Sebenarnya saya nak beli je paper bag ni tapi merata-rata saya cari, di bandar temerloh tak ada yang mengaku menjualnya. heh heh. Sampai di KL pulak susah nak pergi kedai-kedai sebab tak ada transport. Kalaulah semua tempat ada LRT kan best. wehuu..

Okey, disebabkan macam-macam kedai bekalan membuat kek saya masuk tapi tak jumpa. Ada satu saya google di Kajang tapi saya susah nak pergi. Lastly, saya decide nak buat sendiri je. 

Mengada-ngadakan, tunang pon nak bagi gift-gift. Eh eh, kan saya dah kata.. kalau ikutkan kepala angin fikiran tak menentu saya ni, macaaam maaacammm saya nak buat tau. Tapi memikirkan keadaan diri yang tanam anggur dan duit simpanan yang dah hampir kering. Saya buat sekadar yang mampu, antaranya paper bag ini. 

Bahan-bahan yang saya guna, kertas bungkus nasi lemak (rm5.90/100pcs), 3 roll double tape (rm1.50/2meters), glue gun, gunting (untuk gunting double tape) dan passion. heh heh.

                               

Cara-caranya:

1. Lipat dan gamkan kedua-dua hujung kertas minyak ini (bahagian licin di dalam dan kesat di luar) menggunakan double tape kerana bahagian licin tidak melekat kalau menggunakan glue gun. Kemudia lipat bahagian tapak seperti gambar di bawah ya mengikut size yang dikehendaki, saya menggunakan 10cm. (semakin besar size lipatan, semakin lebar tapak)

                               

2. Kemudian lipat pula bahagian tapak tersebut seperti gambar di bawah untuk membentuk tapak. Gamkan bahagian tapak tersebut menggunakan glue gun.

                              

3. Paper bag anda sudah siap dan sedia untuk di gubah! =)



Ini merupakan paper bag tanpa sisi, sebenarnya saya boleh buat paper bag yang ada sisi/pelipat di tepi tapi sedikit leceh. Jadi saya decide buat tapak tapi tiada sisi. Ini lebih mudah dan comel juga. =)

Simple kan!! =)

Ironinya, last minute saya tukar design.. haha.. sebab akak kata macam lagi molek kalau ada sisi... Oleh itu, saya cuma tambahkan pelipat di tepinya menjadi seperti INI:



Inilah hasil paper bag saya sempena E-Day saya. Cute tak? hehe.. Mungkin tidak sempurna tapi sudah cukup buatkan saya puas hati dan gembira. Ewah, dan jimat juga. *wink*


CANTIK TAK?! =)


*perahsantan* hiks.

Later.

With L.O.V.E,
H&M 

GOODIES.

Assalamualaikum.

Sebut pasal goodies. Amboi tunam-tunam pon nak goodies ke. hehe. saya nak buat. Don't care. Ni bukan ikut orang. Tak timbul isu ikut orang ke tiru orang ke.. tapi isu keinginan. Saya memang nak buat dan saya memang suka nak buat.

Jadi,

Apa yang saya letak dalam paper beg tu ea... nampak mombong aje. Tau tak mombong tu apa? hahaha. Saya tak tau maksud sebenarnya. Yang saya tau..... mombong tu digunakan bila sesuatu benda tu nampak kembung.. macam pipi.. kunyah banyak sangat kan pipi jadi kembang.. kami akan guna perkataan mombong. Beg kertas tu nampak gemok aje. Jadi mombonglah jadinya. heh heh. yeke?

Dalam paper beg tu, saya letak air mineral yang cawan tu, gula-gula dan cupcake. 

Air mineral beli kedai borong... rm4 sekotak untuk 24 cawan. haa... gula-gula semua beli kedai borong kecuali choclair, orang sponsor.. ehem.

Kek cawan tu saya buat sendiri, sebenarnya bukan resepi kek cawan. tu resepi tuk kek coklat moist tapi sebab tak mau tempah cupcake luar, saya decide nak buat sendiri. Buat kek tapi dalam cup. 4 acuan jugak buat. semput. buat semalam sebelum majlis.


Gula-gula bungkus malam sebelum majlis. Mintak OK yang tolong. hehe.. terlunjur-lunjur kaki depa buat.. hehe. DIsebabkan rumah saya serangan semut menjadi-jadi sejak dua menjak ni, malam tu upacara membungkus dalam paper bag dibatalkan. Esok pagi, lepas subuh.. baru packing.



Ni la dia.. mulanya plan nak letak riben bagai, disebabkan mood last minit dah ke laut sebab banyak benda lagi nak buat. Saya batalkan niat tu. simple ni je sudah baik. Asal terlaksana juga niat saya. =)



Simple gift. nanti kawen nak buat macam mana eh.. hehehe. i is a dreamer. Jadi, plan tuk kawen and nikah hopefully terlaksana sepenuhnya. hehehehehe.

Later.

With L.O.V.E
H&M

BAJU TUNANG.

Assalamualaikum.

Bila cakap pasal baju tunang, masa mula-mula tahu ada yang sudi nak bertunang dengan saya... Saya terus fikir, "okeh, nak pakai baju apa ea.."

hehehehehehehe.

Lepas gogel banyak kali, gogel tanpa henti.. Saya decide nak pakai baju peplum. Teringin nak pakai, ada yang jual online siap veil dan lace sekali. Bila tanya harga, rm500?? oh la la,, biaq betik, kalau baju nikAH pon i  tak sanggup. Mahal. Jadi, cancel. 

Macam-macam kedai masuk sebab nak cari kain, saya ingat nak tempah je la kat kedai. Pilih design. 

Then 1 day saya lalu satu butik ni, style butik ni macam butik online dari luar.. saya pon try masuk.. Memang betul. Online butik ya. Bila masuk, kebetulan ada peplum yang dah siap! wah.......tempahan pulak guna material beliau. oh la la, lagi senang. Boleh siap dalam tempoh 10 hari sahaja. Tapi saya tak tempah dulu, nak fikir dulu. Takut menyesal jumpa design lagi De-vahh. haha.

Dah 2 minggu berlalu, tak ada penyelesaian, Saya pergi lagi sekali........ tempah je la. Tapi lace yang sesuai tak ada untuk warna yang saya pilih... huwaaaaaa. macam mana? tempah aje lah! heh heh. Dah tak sempat nak fikir, lace lace bagai.. kalau nak tambah kemudian. sendiri. okay. sendiri. sobs.

Saya tempah di MEENA BOUTIQUE HOUSE.

Tak sampai 10 hari siap,walaupun baju siap awal.. tapi minggu last nak bertunam baru terkial-kial saya jahit lace di lengan, dan 2 hari sebelum majlis, saya jahit lace di pinggang. haha... buat keje gile, buatnya tak jadi, baju rosak. mana nak cari ganti. hehe...

Tudung? veil? Tangkap muat. Tudung rm 12 dan veil tu sebenar selendang half moon, beli kat masjid india dengan cik Is dengan harga rm25. murahkan. manik-manik jugak.... Cik Is lah pilihkan, i is blurr. hehe. Alhamdulillah, sepadan walaupon warna baju pun ingat-ingat lupa sebab baju di kampung. Gambar pon tak ada. 

So, resultnya... 

saya lupa ambil gambar sebelum letak lace. Pasal veil tu saya sengaja pilih warna terang, kata penasihat saya Cik Is.. kena warna lebih soft. okay.. yela.. saya pun setuju. tudung pula mula-mula nak cari yang manik tepi tapi tak jumpa kaler. Jadi yang ni je yang ter-sesuai. Jadi, tak fikir panjang. BELI.

dan hasilnya bila pakai...



Alhamdulillah.

Simple tapi puas hati.. bila dah gabung semua benda yang mix and match tu...... menjadi rupanya. hehe. Menjadilah jugak... kite punya rasa simple tapi incik tunang kata lawa macam baju nikah. err? gulps. Ni dia kata lawa macam baju nikah... tudung pon simple aje.

nikah? tak fikir lagi nak pakai apa.

Tapi gambar atas nampak i is short lah pulak. haha. okey, kenapala i tak pakai wedges yang gojes tu.. err? gojes? wedges? adew ke? heh heh.

Thanks Cik Is.. mu tak datang tapi pertolongan mu itu ada buktinya. ces. maseh tak puas hati x-rumate eden tak hadir. hehe. Apapun, i sayang ke mu. =)

note: cik syida.. hehe. kebetulan memang ada entry ni, cuma tak post lagi. =)


With L.O.V.E
H&M

DIY Bantal Hantaran.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya ada macam macam impian nak dibuat masa majlis tunang. Macam macam ya.. maaacaaam maaacammmm *gayaspongebob*. Tapi apa kan daya, keadaan tidak mengizinkan. sobs.

Jadi mana yang saya boleh buat, saya buat. Saya DIY semuanya, mix and match pelbagai benda. Salah satu yang saya DIYkan adalah bantal hantaran. Actually saya jumpa step untuk buat bantal ni online, saya ada save link tu untuk share tapi apakan daya. Laptop saya koma dan nyanyuk lepas tu. Habis semua link dan gambar hilang. Apapun, thanks to her sebab ajar saya. 

Bagi siapa nak try nanti, boleh cuba ikut cara ni ya:

Barang-barang perlu ada: Span lembut, papan alas kek, glue gun, kapas, kain, renda@hiasan. =)

Cara-caranya:

1. Potong span mengikut ukuran papan alas kek dan pastikan ukuran span lebih besar supaya memudahkan kita untuk menampal span tersebut menggunakan glue gun.

Macam ni ya.

Jangan tampaL keempat-empat bahagian. Pastikan satu bahagian biarkan terbuka dahulu untuk proses memasukkan kapas.


2. Masukkan kapas mengikut kesesuaian size span, setelah penuh, gam kan bahagian span yang terakhir itu supaya kapas tidak terburai. (tepuk-tepuk sikit sebelum tampalan terakhir supaya kapas padat ya)


3. Balutkan dengan kain mengikut pilihan warna anda, dan pastikan bahagian kain di luar dipotong lebih supaya mudah untuk melipatnya semasa menampal.


4. Sesudah siap. Hias ikut kehendak anda. =)



Siap! Jadi.. ini lah hasil bantal saya. Cun tak? hehe.. warnanya biru jadi mungkin bantal ini cuma dipakai sekali oleh saya. Tapi disebabkan ini merupakan kali pertama saya buat, saya cukup berpuas hati.

So,

 "dik.. aok tunang ke kawen ke tak payoh beli doh.. gune akok punye aje. kihkih."

Bagi yang berminat... selamat mencuba! =)

With L.O.V.E,
H&M

Friday, March 29, 2013

SIREH JUNJUNG.

Assalamualaikum.

Orang pahang bila kahwin atau bertunang wajib bagi sireh junjung dan masa kahwin usually akan ada bunga rampai sebagai hantaran. Okey, ya saya tahu semua orang akan bagi sireh masa majlis bukan orang pahang sahaja tapi ada negeri tak panggil sireh junjung tau, mereka panggil tapak sireh. Mulanya saya tak perasan, bila akak sebut baru saya tahu.. oh, ada beza panggilan.

Kebiasaannya Gubahan sireh ni orang tak buat sendiri, sama ada mak buat, mak cik-mak cik, akak-akak, sedara-mara atau tempah aje. Melainkan orang itu sangat kreatif. hehe.

Tapi,

Malam sebelum majlis tunang tu, saya tak buat lagi sireh. Tunggu orang buat, err... sampai tengah malam, tak buat lagi. Oh la la. Then, saya kerah OK saya tuk berfikir dengan saya.. hehehehe. Sian mereka, dah la fenat bungkuskan gula-gula...... Lepas tu, kena tolong buat sireh...  Alamak. Semua orang ada keje sendiri, adalah orang yang nak bagi nasihat tapi nasihat je, tak tolong pon.. angin sepoi-sepoi bahasa pon datang. hehehehe.

Bila dah buntu sangat tu, saya keluarkan stok lebih bunga yang saya ada.. span yang kakak sepupu beri pon membantu jugak, asalnya mak kata nak guna betik.. betik muda. Tetiba, tak ada... ayopoo.. 

Then, Cik Mi3a nampak ada gumpalan bunga yang tak berapa nak cantik. 

"Ni tuk apa mai?"
"Mai ingat nak buat hand bouquet tapi tak jadi pulak shape dia..hehe"
"oh, nak buat lagi ke?"
"tak lah, malas... tak jadi.."
"boleh la.. letak atas ni.."
"oh?!"

Bijak. Bijak. Seronok ada kawan bijak bijak ni. hahahaha. Tak pasal, setel part tu. heh heh.

Lepas tu start lah otter punya otter.... hah. Jadi! 

HASILNYA.


Hahahahaha. nak tergelak tengok. Kapur, Pinang, gambir semua saya tak letak. Mak sedara ada bagi tapi raw punya material, tak kupas, tak apa, semua tak... Macam mana nak tahu letak macam mana, saya dan kawan-kawan kan remaja hampir senja. Saya letak je tepi, abaikan. heh heh.

Bila keesokkan harinya, rombongan sampai.. OK datang tepi tingkap report sesuatu.. katanya, sireh junjung orang sebelah merimbun.. Nampak kerdil je kita punya. heh heh.

Oleh sebab itu, Saya tak nak letakgambar sireh junjung orang sebelah. Seriously, Lawaaaa. =P

Stop kisah sireh, banyak tau kisah tunang saya ni... Saya nak cerita satu-satu.. sebab sebelum tunang tak ley cite.. saya takot tak jadi tapi dah di canang-canang. Risau juga.

Bertunang pon belum pasti tapi hopefully, jodoh kami diredhai dan diberkati sampai akhir masa. SAmpai syurga. InshaAllah. Aaminn.

With L.O.V.E
H&M

Wednesday, March 27, 2013

OUTDOOR.

Assalamualaikum.

Hahahaha.

Mulakan hari dengan gelakkan.. err. jangan. jangan. mulakan harimu dengan senyuman. 

hehehehe. sopan

Amboih, outdoor bagai. beri'ya benau tajuknya. Tunam je pom kan. Mulanya tak terfikir pon nak outdoor bagai. Yela, candid bawah pokok rambutan pon outdoor lah tu kan. 

Mula-mula saya plan nak tangkap gambar atas jalan je, duk tengah-tengah jalan tu. Bila pikir, risiko betul permintaan saya tu.. buatnya di tabrak mobil bagaimana dong. heh heh.

Tapi tiba-tiba OK kata nak tangkap tepi sungai. Saya dah terpikir sungai depan rumah , seberang jalan raya aje tapi semak betol. bila nak ajak ke tepi sangkar ikan patin, dekat je dengan rumah taaapiii..... macam malulaa... orang kampong tengok. hehehe.

Then, saya suggestkan ESPLANET di bandar. Haa.. Tak sangka semua setuju. tempoh diberikan 1 jam sahaja sebab Cik Mai nak naik bas balik KL. hehe...Kami pon keluar, bawak kamera abang pok pok ku syg... hehe. pijam. Photographer kasi tinggal di rumah, dibiarkan rehat. hehe.

dengan perasaan tak malunya, kami gerak ke sana dengan saya berpakaian lengkap tunangan orang. err.

gile ke tak malu. tebalkan aje muka. kawan-kawan kan ada. heh heh.

 Tiga orang gadis pingitan.. menunggu jejaka impian. ewah.

 Esplanet Temerloh. "selamat datang ke Temerloh" =)

 Creadit to Cik Mai daripada Cik Mai. er? hehe..

 SAYAng sama kamoooo dan kamooo kamooo.

Feeling.

 Beshfuwens.

inilah OK saya.. bukan OKU ye.. Tapi Orang Kuat. Ok. Okaylah kan jadi OK.... heh heh.

itulah hasilnya.

Dan entry ini menandakan berakhirnya cerita majlis pertunangan saya. hehe. Lepas ni saya share apa yang saya DIY, dan cerita sepanjang persiapan saya sebelum majlis. 

Kot kot ada yang mahukan panduan.. bolehlah ikot cara saya. Cara saya adalah cara orang yang suka dan perlukan penjimatan. kehkeh.

Harap Maklum. ngeee~

With L.O.V.E
H&M

Tuesday, March 26, 2013

CANDID.

Assalamualaikum.

Lepas habis semua orang sebelah balik, saya kasi makan kawan-kawan saya.. kesian mereka.. tak makan lagi.. dah la lapar... summer peak pulak tu bak kata cik yana.. hehehehe. sian mereka. Dah siap tunggu mereka makan, kami nak tangkap gambar pulak. Nak tangkap mana ea? hehe. 

Disebab saya tak buat any mini, mono, moni pelamin.. tak dak, tak dak... Jadi saya suggestkan bawah pokok rambutan.. heh heh..sejuk, berangin dan teduh giteww.. tapi malangnya... kalau kita duduk bawah pokok, maksudnya my abang ipar kena duk tengah panas tangkap gambar.. hehe.. maapkan saye. =P


After my schoolmate ni pulang ke ganggang... Geng OK pon turun lah bawah tuk bergambar. hehe.

Suddenly,

sebab panas agaknya, abang ipar tukar lens.. so, dia tangkap dari depan rumah, so boleh duduk bawah atap dan kami duduk bawah pokok mutan.. bukan mutan X ea.. pokok rambutan. Bermula lah adegan bergambar yang tak disangka-sangka.... 


Part candid ni boleh bikin wa senyum... gelagat kawan-kawan i is awesome. Nampak feel happy and bahagia di situ. Dan nampak bebenar mereka excited sama macam saya. hehe.. almaklumla... beshfuwen bertunam.. mereka is happy. err. yeke.. ke korang buat-buat happy? hah?! hah?!

hehehehehe. I love uolls lah kaw kaw punya! =)


Nampak tak? ade value gambar ni, macam bercerita. hehe. Gambar dalam entry ni memang candid.. sebab ingat tangkap gambar lain rupanya cara lain my OK amik. hehe.. ditegaskan di sini OK is Orang Kuat. hehe.

Gambar bawah ni, beshfuwens masa matrik. hehe. Cik Mai semangat datang dari johor, naek bas 7-8 jam ya.. Yang lagi sorang si kecik molek, cik Mi3a mujur keje di Jengka, dan kami semua orghang Pahang. hehe.

 
Gambar bawah ni macam epik jugak lah, macam fairy tale pon ada.. Ada macam-macam melodramatik punya value di situ. Ada silat, ada ulit mayang dan ada tunduk hormat semualah. hehehehe.. suweet lah awok ni. Satu-satunya ahli kumpulan Mawardah yang hadir. Terharu lah awok. Naek bas dari hostel awok. hehe.

Harap maklum, kumpulan Mawardah bukan kumpulan nasyid dan bukan kumpulan ajaran sesat ye. ngee~


Last but not least. Mi Familia..


Okey, itu part candid. heh heh.... banyak part pulak kan. Sebenarnya nak buat tajuk PART I, II, III bagai.. tapi bila buat macam tu rasa macam banyak benar je gayanya. So, me decide nak buat tajuk tak ada kaitan. Lama jugak nak buat satu entry sebab gambar banyak..

Nak letak gambar menjela-jela i is malas. =P Jadi, combine kan yang mana molek dan seksok boleh print. Maklumla, tak ada profesional photographer.. Ade abang ipar tukang ambil gambar pon dah OK sangat. hehe.

Later.

With L.O.V.E
H&M

Monday, March 25, 2013

MAJLIS.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Special thanks to my family and friends. Yela, tanpa keluarga majlis tak akan berjaya dan tanpa kawan-kawan, majlis tidak meriah mana la kan.... thanks sudi datang~ =)

Tak tahu nak cakap apa, ada jugak benda yang saya speechless nak cakap.. haha. =P

Apa boleh saya katakan, saya sangat gembira. Macam tak percaya, "eh, dah jadi tunang orang la..."

Bila ditanya incik Tunam, majlis macam mana.. dia kata perfect dah, okay sangat dah. Dan suka betul dia makan ikan patin, sedap katanya. hehe. Nama pon orang temerloh, haruslah hidang ikan patin yang sedap.. hehe.. masak tempoyak. Mula-mula, abah kata ingatkan orang utara tak suka... takot jugak nak hidang. Bila dah hidang, minta tambah rupanya. hehe. Alhamdulillah.

Orang datang dari jauh, mestilah hidang sesuatu yang special kan, nama pon orang Temerloh. Temerloh kan bandar ikan patin.. hehe.

Kebetulan sekarang musim panas, cahaya berlebih-lebihan, rumput kuning sebab kering, daun pokok jatuh berguguran, kelakar pulak. boleh feeling autumn la. Tapi yang tak tahan, muka berminyak-minyak.. berkilo-kilo. panas sangat. hehe.

 Dengan famili, Mak mak, abah abah bersama anak-anak-to-be. hehe... Okay, cik yana tu macam famili dah, jadi selit gambar dia pon tak apa lah.

Dan untuk kali pertamanya, saya umumkan incik tunam saya.... Mr. Mohd Abdulhakim. Nama panggilan biarlah rahsia.. nak elakkan guna nama beliau. heh heh.. 

 Inilah incik Tunam saya, hehehe.. sebelum ni saya tak pernah publish gambar kami dua, takot juga.. takot tak jadi, InshaAllah, dah tunam ni moga jodoh sampai syurga. aaminn.

 Kenduri.. hehe.. tengah bincang-bincang, borak-borak... gulps.

 Mi Familia... =)

 Member rapat sekolah... hehe. Thanks sudi datang! =)

 Wif Mak. Love Her. ehem. ngeee~~~

Masa sarung cincin ni, cincin sangkut kat tengah jari, mak dah pandang saya... macam takot tak muat aje.. hehe.. akhirnya lepas. hehe. main main jari ni, nakal tau... jangan buat hal. hehehehe... 

Mi Familia too. =)

Banyak-banyak gambar, satu pon tak ada gambar my abang zul. gulps. Beliau photographer saya, OK jugak lah.. hehe. Orang Kuat! hehehehehe. harap dia tak baca ni. Kang kembang semangkuk.

Lepas majlis mak cerita, masa saya keluar dari bilik nak sarung cincin, mak kata nampak ayah tunam saya senyum lebar je.. hehe. then, saya cakap kat mak.. saya dan father-in-law to be kamching laa.. haha. *perasan je eden*

Setel majlis, hantar mereka pulang.. Saya malu sangat, tapi rasa macam nak turun jugak, sampai ajak cik yana teman. Nama pon malu tapi mahu kan.. kehkeh. Lepas tu cakap kat Abang zul, nak tangkap gambar dengan tunam. Tapi kejap je, gelap pulak tu gambarnya sebab dia nak cepat. Busy betul dia, macam dia pulak kenduri.. ke hulu ke hilir salam orang.. Nak ambil hati leteeeww.. Lagipun, family incik tunam nak ke terengganu pulak. Jadi, tak ley lama-lama..

Jeling-jeling je la kat dia... heh heh. 

Okay. stop. stop. tak tahu nak cakap apa lagi da. heh heh.


With L.O.V.E
H&M


Waiting for the Ring.

Assalamualaikum.

Hari ini saya masih tak percaya, yang saya dah bertunang. Yela, walaupun bertunang bukan seperti bernikah, tapi bertunang tu sendiri dah one step closer to be a bride lah kan. Which means, masa ini lah kita nak kena ready serba serbi. Masa rombongan datang tu sebenarnya, saya baru sahaja bersiap, sebab since malam tadi banyak betul benda nak buat. Pagi-pagi dah gigih kejutkan OK (Orang Kuat). hehe.

Kesian mereka. Malam itu, saya tak lena tido.. fikirkan apa lagi nak buat. Kadang-kadang rasa saya ni macam traumatic punya orang. Sebab banyak sangat fikir... banyak sangat "takot". Saya boleh bayangkan, masa majlis kahwin satu hari nanti... saya akan menjadi leeebihhhh lagi "takot". kan.. hehe.

Semasa menunggu pihak lelaki sampai, saya duduk di bilik bersama-sama kawan sekolah.. semua kawan sekolah rendah, rumah pon dekat-dekat aje.. hehe... OK duk luar, ambik angin.. Yela, penat sembab mata, saya bagi rehat. Hoho.

Makeup credit pada angah sebab dia makeupkan.. er.. nampak tak macam makeup. Angah pon kekok nak makeupkan orang, saya? hareemm.. tak pandai! failed! lingkup! hehe..


 Wif Gmoh and Groh =)

  Wif Aisyah yang monyok itu pagi dan Groh.. heh heh.

 kawan-kawan sekolah yang hadir. hehe.

 dengan Cahaya Rumahku.

mereka.

Maap.. tetiba rasa tak reti betul nak edit gambor. haha.... apapun,

Thanks korang! 

teman kome, debar sama-sama.. tolong spykan apa yang mereka bincangkan. hehe.


With L.O.V.E
H&M


Saturday, March 23, 2013

TEASER E-DAY 1.

Assalamualaikum.

Persiapan ringkas untuk majlis yang sederhana. Cuba buat yang terbaik walaupun mungkin tidak sempurna.


Saya mengharapkan persiapan dan persedian mengcukupi untuk satu majlis yang memberikanku tanda, aku bakal menjadi miliknya. =)

InshaaAllah.


till then,

With L.O.V.E,
H&M.

New Me but Same Me.

Assalamualaikum.

This is the new beginning.. New Phase... New World... and exactly New Title.

Ehem.

Speaking malaylish pulop. This is the first post... for the very newborn blog... (selian dari SPMA official blog). This is about me. About him. About us. Only Us with love. *miangbuluhkeladi*

Ehem.

Terspeaking pahanglish pulop.

Apabila saya published kan post ini, bermakna officially saya menjadi tunangan kepada H. You can him, Mr. H. And starting from today i will be Bride-to-Be, InshaaAllah. =)

Jadi, no more gedik gedik, gatal gatal... Kena jaga diri, jaga hati, jaga maruah.. Perkara yang lepas biarkan berlalu, mari mulakan hidup kita yang baru... =)


Jadi, ehem.

Update? tunggu.. bagi yang nak tahu la. hihihi. *gelak gedik*

Ops.. tak mo gedik gedik lagi, HAHAHAHA. *gelak tak senonoh*

eh?

With L.O.V.E,
H&M