Sunday, March 31, 2013

SETAHUN.

Assalamualaikum.

Sebenarnya kisah saya dan incik tunam tak pernah saya sebut dalam blog SPMA, ada satu post pasal dia pun saya sebut berkias. hehe. Tapi saya tahu ada yang faham kan. dalam entry INI

Macam mana saya jumpa dia?

Tak segan saya katakan kami mula-mula jumpa di Genting. Kota Keriangan. ehem. Masa tu keluar dengan housemates. Ramai-ramai. 10 orang pergi. Tapi, sebelum sempat kami menghuru-harakan diri bermain, kami digemparkan dengan berita; salah seorang kawan kami kehilangan handphone. Dipendekkan cerita, kes itu menyebabkan kami bertemu. 

Waktu tu suara saya serak-serak macam tu. hehehehe. sakit tekak dah nak sebulan, tak kurang-kurang..

Dan ketika itu dia sebagai polis bantuan di situ. Masa dia bantu uruskan kes tu. Kami tak berkomunikasi sangat sebab dia banyak berhubung dengan kawan saya yang kehilangan handphone. Dipendekkan cerita lagi, masa kami nak pulang.. dia ada minta no saya daripada kawan saya yang kehilangan handphone ituu menggunakan nombor telefun kawan saya yang satu lagi, handphonenya tidak ditemui. 

Awal-awal tu kawan saya tak kasi, masih ingat di ingatan...

"tak payah lah mai, dia keje genting.."

Masa tu sentap jugak. Kenapa.. Jadi seminggu berlalu sepi tanpa jawapan. Saya pula segan nak cakap yang hati saya pun berkenan. Jadi, anggap sahaja tiada jodoh. Tapi mungkin takdir tuhan, hampir seminggu kemudian.. no telefun saya bertukar tangan. =)

Kami pun mula berkenalan... baru berkenalan 2 bulan jarak jauh tanpa berjumpa. Dia ada tanya saya satu soalan pelik...

"andai kata hakim dapat masuk askar, sanggup tak tunggu hakim 6 bulan.. Lepas 6 bulan, hakim janji hantar pinangan.."

saya masa tu fikir... "eh, bila entah nak masuk askar... sekarang kan polis.." Jadi, tanpa curiga saya jawab..

"ehem... okay. InshaAllah tunggu.."

Tak lama lepas itu, dia dapat tawaran masuk tentera. Nak pergi katanya.. minat. Saya terkedu. Maka dengan itu, rasminya dia ke sana 6 bulan dan terputuslah hubungan sementara kerana bila masuk training, mereka tak dibenarkan memegang handphone. sobs.

Hari-hari tunggu phone call.

Selepas 8 bulan berkenalan. Kami berjumpa buat kali pertama. Dan perjumpaan itu bersama keluarga. Alhamdulillah, sehari kemudian.. ayahnya meluahkan niat menghantar rombongan untuk bertunang.

Itu serba ringkas tentang kami. Sebelum tunang, kami cuma pernah bertemu tiga kali.. Pertama, semasa dia meminta nombor di genting. Kedua, bertemu dan dibawa berjumpa keluarga. Ketiga, barulah jumpa berdua. Dan terakhir, semasa bertunang. Berborak pon tak sempat sebab busynya dia mengalahkan saya.

Hari ini genap SETAHUN SEHARI kami saling mengenali..... dan 9 hari kami bertunang. Perkenalan kami bukanlah perkenalan yang kaya dengan pertemuan, namun tetap menyebabkan saya bersyukur... "semoga dia jodoh saya.. aaminn ya RABB.."

Bila ada sahabat baik saya bertanya, 

"macam mana mai tahu dialah orangnya, sebab aku tau ko jenis bukan senang suka orang..."
"entahlah... senyumannya kot."

Tiada jawapan pasti untuk itu, yang saya pasti... saya juga terpaut hati dengannya... ehem. 


With L.O.V.E
H&M

7 comments:

  1. Alhamdulillah ringkas urusannya. Moga berkekalan maria, nampaknya maria naik pelamin dulu ni hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak maria. heee comel okey! itulah dinamakan jodoh kan. kita taktau camne boleh tertarik :)

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya indah pertemuan tu sehingga bakal menjadi seorang isteri.. :)

    eh bakal wife tntera jgk la ni eh.. ;)

    ReplyDelete
  4. Inilah yang saya nak tahu..kihkih. Singkat dan membelitkan..hehe..sukalah cara akak. InsyaAllah..saya doakan moga dipermudahkan segala urusan akak di dunia mahupun akhirat..termasuklah jodoh akak. Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete

*Wink*