Sunday, March 31, 2013

GOODIES.

Assalamualaikum.

Sebut pasal goodies. Amboi tunam-tunam pon nak goodies ke. hehe. saya nak buat. Don't care. Ni bukan ikut orang. Tak timbul isu ikut orang ke tiru orang ke.. tapi isu keinginan. Saya memang nak buat dan saya memang suka nak buat.

Jadi,

Apa yang saya letak dalam paper beg tu ea... nampak mombong aje. Tau tak mombong tu apa? hahaha. Saya tak tau maksud sebenarnya. Yang saya tau..... mombong tu digunakan bila sesuatu benda tu nampak kembung.. macam pipi.. kunyah banyak sangat kan pipi jadi kembang.. kami akan guna perkataan mombong. Beg kertas tu nampak gemok aje. Jadi mombonglah jadinya. heh heh. yeke?

Dalam paper beg tu, saya letak air mineral yang cawan tu, gula-gula dan cupcake. 

Air mineral beli kedai borong... rm4 sekotak untuk 24 cawan. haa... gula-gula semua beli kedai borong kecuali choclair, orang sponsor.. ehem.

Kek cawan tu saya buat sendiri, sebenarnya bukan resepi kek cawan. tu resepi tuk kek coklat moist tapi sebab tak mau tempah cupcake luar, saya decide nak buat sendiri. Buat kek tapi dalam cup. 4 acuan jugak buat. semput. buat semalam sebelum majlis.


Gula-gula bungkus malam sebelum majlis. Mintak OK yang tolong. hehe.. terlunjur-lunjur kaki depa buat.. hehe. DIsebabkan rumah saya serangan semut menjadi-jadi sejak dua menjak ni, malam tu upacara membungkus dalam paper bag dibatalkan. Esok pagi, lepas subuh.. baru packing.



Ni la dia.. mulanya plan nak letak riben bagai, disebabkan mood last minit dah ke laut sebab banyak benda lagi nak buat. Saya batalkan niat tu. simple ni je sudah baik. Asal terlaksana juga niat saya. =)



Simple gift. nanti kawen nak buat macam mana eh.. hehehe. i is a dreamer. Jadi, plan tuk kawen and nikah hopefully terlaksana sepenuhnya. hehehehehe.

Later.

With L.O.V.E
H&M

2 comments:

  1. Bestnya majlis bertunang pun dah bagi goodies. Setakat ni, saya tak pernah jumpa lagi u_u

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak maria, menarik sangat. nak goodies ni boleh tak? hehehe

    ReplyDelete

*Wink*