Sunday, March 31, 2013

DIY Paper Bag.

Assalamualaikum.

Belum cerita pasal paper bag, saya dah post pasal goodies. Tak ikut turn. hehe. maapkan saya.

Sekarang zaman DIY, semua benda nak DIYkan. Semasa majlis tunang saya, saya DIY paper bag sendiri. Sebenarnya saya nak beli je paper bag ni tapi merata-rata saya cari, di bandar temerloh tak ada yang mengaku menjualnya. heh heh. Sampai di KL pulak susah nak pergi kedai-kedai sebab tak ada transport. Kalaulah semua tempat ada LRT kan best. wehuu..

Okey, disebabkan macam-macam kedai bekalan membuat kek saya masuk tapi tak jumpa. Ada satu saya google di Kajang tapi saya susah nak pergi. Lastly, saya decide nak buat sendiri je. 

Mengada-ngadakan, tunang pon nak bagi gift-gift. Eh eh, kan saya dah kata.. kalau ikutkan kepala angin fikiran tak menentu saya ni, macaaam maaacammm saya nak buat tau. Tapi memikirkan keadaan diri yang tanam anggur dan duit simpanan yang dah hampir kering. Saya buat sekadar yang mampu, antaranya paper bag ini. 

Bahan-bahan yang saya guna, kertas bungkus nasi lemak (rm5.90/100pcs), 3 roll double tape (rm1.50/2meters), glue gun, gunting (untuk gunting double tape) dan passion. heh heh.

                               

Cara-caranya:

1. Lipat dan gamkan kedua-dua hujung kertas minyak ini (bahagian licin di dalam dan kesat di luar) menggunakan double tape kerana bahagian licin tidak melekat kalau menggunakan glue gun. Kemudia lipat bahagian tapak seperti gambar di bawah ya mengikut size yang dikehendaki, saya menggunakan 10cm. (semakin besar size lipatan, semakin lebar tapak)

                               

2. Kemudian lipat pula bahagian tapak tersebut seperti gambar di bawah untuk membentuk tapak. Gamkan bahagian tapak tersebut menggunakan glue gun.

                              

3. Paper bag anda sudah siap dan sedia untuk di gubah! =)



Ini merupakan paper bag tanpa sisi, sebenarnya saya boleh buat paper bag yang ada sisi/pelipat di tepi tapi sedikit leceh. Jadi saya decide buat tapak tapi tiada sisi. Ini lebih mudah dan comel juga. =)

Simple kan!! =)

Ironinya, last minute saya tukar design.. haha.. sebab akak kata macam lagi molek kalau ada sisi... Oleh itu, saya cuma tambahkan pelipat di tepinya menjadi seperti INI:



Inilah hasil paper bag saya sempena E-Day saya. Cute tak? hehe.. Mungkin tidak sempurna tapi sudah cukup buatkan saya puas hati dan gembira. Ewah, dan jimat juga. *wink*


CANTIK TAK?! =)


*perahsantan* hiks.

Later.

With L.O.V.E,
H&M 

3 comments:

  1. Rajinnya akak buat sendiri semuaa :D
    Saya pun suka macam ni, simple, cost saving ;)
    Tapi ada orang tak suka sebab dia kata macam kertas waffle -_-

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak maria. bakat terpendam! yeayyy! cantik dan menarik sekali. heee kalau lah sheila boleh repeat nikah dengan suami ke. nak gak buat camni. hehehehhehee

    ReplyDelete

*Wink*