Sunday, March 31, 2013

DIY Bantal Hantaran.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya ada macam macam impian nak dibuat masa majlis tunang. Macam macam ya.. maaacaaam maaacammmm *gayaspongebob*. Tapi apa kan daya, keadaan tidak mengizinkan. sobs.

Jadi mana yang saya boleh buat, saya buat. Saya DIY semuanya, mix and match pelbagai benda. Salah satu yang saya DIYkan adalah bantal hantaran. Actually saya jumpa step untuk buat bantal ni online, saya ada save link tu untuk share tapi apakan daya. Laptop saya koma dan nyanyuk lepas tu. Habis semua link dan gambar hilang. Apapun, thanks to her sebab ajar saya. 

Bagi siapa nak try nanti, boleh cuba ikut cara ni ya:

Barang-barang perlu ada: Span lembut, papan alas kek, glue gun, kapas, kain, renda@hiasan. =)

Cara-caranya:

1. Potong span mengikut ukuran papan alas kek dan pastikan ukuran span lebih besar supaya memudahkan kita untuk menampal span tersebut menggunakan glue gun.

Macam ni ya.

Jangan tampaL keempat-empat bahagian. Pastikan satu bahagian biarkan terbuka dahulu untuk proses memasukkan kapas.


2. Masukkan kapas mengikut kesesuaian size span, setelah penuh, gam kan bahagian span yang terakhir itu supaya kapas tidak terburai. (tepuk-tepuk sikit sebelum tampalan terakhir supaya kapas padat ya)


3. Balutkan dengan kain mengikut pilihan warna anda, dan pastikan bahagian kain di luar dipotong lebih supaya mudah untuk melipatnya semasa menampal.


4. Sesudah siap. Hias ikut kehendak anda. =)



Siap! Jadi.. ini lah hasil bantal saya. Cun tak? hehe.. warnanya biru jadi mungkin bantal ini cuma dipakai sekali oleh saya. Tapi disebabkan ini merupakan kali pertama saya buat, saya cukup berpuas hati.

So,

 "dik.. aok tunang ke kawen ke tak payoh beli doh.. gune akok punye aje. kihkih."

Bagi yang berminat... selamat mencuba! =)

With L.O.V.E,
H&M

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak maria. nice gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)

    ReplyDelete

*Wink*