Monday, December 23, 2013

Bila plan last minute~


Assalamualaikum.

Saya selalu macam ni. Bila plan last minute hampir PASTI Jadi.

Bila ipah msg ajak teman tu, saya berbelah bagi jugak.. tak pernah pegi ni jauh macam tu tapi tak pulak rasa nk menolak. hati kata `pergila cik maaiiiii`. haha.

yela. sian kat ipah nak jupe adik dia dan incik tunam kebetulan incik tunam kursus di sana..

pucuk dicita ulam mendatang.

haha. betul ke peribahasa aku nih.

apapun.


at last. saya sampai di PD.

 peace yo.


dgn Mael.


kata incik H, masa company dia menang company terbaik dulu tak ada orang datang jenguk.

babap karang. dulu nak datang naek apa. terbang? hehe... sian dia.

tu la dia,
so, tak sampai 24jam punya plan.. kami bertolak ke sana pukul 5.15pagi lepas amik sume orang.

Alhamdulillah, tiga2 wanita ini hajatnya kesampaian. ngeeee`~

thanks ipah ajak teman. nati kite pegi jalan betul2 eh.

*wink*

H&M









Monday, December 16, 2013

Berebut Weekend.

Assalamualaikum.

Di kg saya ada tiga orang nama sama. Ops.. bukan nama betul yg sama tapi nama panggilan. hehe. ketiga2 tu lain usia. 

yang tua kami panggil ida besar.

yang no.2 kami panggil ida bedah. sebab apa sampai sekarang saya tak tau.. nama betulnya kot. hehe.

yang paling muda pulak sebagai ida kecik. sebab paling kecik. dan ida kecik tu sayeeee.... hehe......... dulula kecik.. ngee. 

kalau datang kg cari saya jangan tanya "mana rumah mai?" tapi tanya "rumah ida mana?" baru orang akan dapat gambaran. 

dan di kg saya ada 3 orang je yang sebaya saya perempuan. ida-jimoh-dedek. pelik2 kan nama kami. hehe...

membesar sama2.. ngaji sama2.. sekolah rendah pon sama2.... dan paling tragik... kami sama2 plan nak kawen bulan sama. sama2 plan tu tanpa bincang duduk semeja sambil minum air milo okeh. hehe..

saya dengan jimoh bff sampai sekarang. jadi saya dah bincang dengan dia.. sekarang konflik cuma saya dgn dedek.... mak dia pon nak cuti sekolah. haha..

susah kan. bukan xnak serentak tapi kami duduk kg yang masih mengamalkan kaedah rewng ok. so kami xley buat serentak sebab orang penat tu orang kg.. 

so until now saya masih tak au status dia.. tapi before ni dah plan dengan dia. dia awal dan saya hujung. but before calendar 2014 keluar..

rasa kelako bila mak2 riso... tak pe.. inshaAllah... segalanya akan berjalan lancar.. aaminn..



jangan tanya persiapan... nan-hadoo... kihkih. rasa gelap dunia sat.  ngeeeee...

tata peeps! lebiu.

H&M wif alots of love.

Saturday, November 30, 2013

CHECK LISTS.

Assalamualaikum.

tak pasal letak gambo mamat ni! ha3.


ESOK menandakan lagi 4 bulan nak majlis. Cuba teka.. apa persiapan dah buat??? nan hadoooo....... huwa.. okey. tipula tak buat apa-apa.. ada lah booking satu benda. wedding planner aje. Benda lain? nan hadooo.... satu habuk tak beli, satu habuk tak booking.

risau dah tiba-tiba. 

Hari tu beri'ya plan nak beli langsir baru bagai. Bayangkan, langsir kat uma tu dah guna 7 tahun sejak akak kahwin dulu. hahaha..... amazing nara okeh. Ingat nak tukor. mulot duk berbasa-basi dengan mak and akak-akak pasal nak tukor langsir. tak ade respon positip. ceh.

Nak pegi beli sorang2?? emang enggak lah. tak pandai eh. kang ramai-ramai komplen pulop kata kenapa tak macam ni kenapa tak macam tu..... ceh.

checklist NOVEMBER:

1. Wedding Planner: D'Farhana.

dah.

haha. dah memang tu je. tak tipu. jadi satu je lah checklistnya. adoi. sabau je le. tengok minggu depan tempah kad kahwin.... minggu depan?? dari bulan lepas den kato minggu depan, sampai la ni dok tempah-tempah jugak. ngeh ngeh~~

Sekian~

Sunday, November 3, 2013

Bila ketika..

Assalamualaikum.

Hai.

Bila ketika..... sila sambung ayat ini.

Haha. abaikan....

ini tak ada kaitan dengan H&M bagai... fuh. poyos semuanya ini. ngee.....

Tapi bila ketika anda berada si situasi di mana anda tak boleh tapi orang lain boleh. um. agak kecewa di situ. Saya tak marah... tapi kecewa. Saya ni kalau bukan orang kesayangan pun saya tak kisah mana.... tapi bila masa saya jadi orang yang tidak dipercayai.. itu mengecewakan. 


Okeh. ni langsung tak ada kaitan dengan cintan cintun bagai. luahan hati je. 

Sadis.

berlaku depan mata. tapi saya butakan pandangan dan butakan pemahaman. Buat-buat tak faham.

itu membuatkan hati saya lebih kecewa.

apa boleh buat.

kadang-kadang jeles dengan orang yang outspoken. tapi bila cuba nak jadi begitu, saya tak sampai hati....

itu kekurangan saya. kurang keyakinan diri.

sobs.

Tak apa mai.. apa-apa.. ngadu padaNya sahaja... =(

With L.O.V.E
M only.

Friday, November 1, 2013

Design baju Nikah pilihan.

Assalamualaikum.

Haii peeps.! lama betul tak hupdate. berhabuk dah. belog ni paling berhabuk berbanding my personal blog ituww.

Okay.

Bila planning pasal kahwin. Saya paling takot bila saya tak cantik masa itu. HAHA. okay. ngade-ngade tapi itu kisah benar. SAya takot majlis tak berjalan lancar. Takot tak memenuhi citarasa saya. Umm. 

Tapi dalam risau.. saya masih berupaya untuk gugel design Baju Nikah yang berkenan di hati.

Tema? USah di tanya pleaseeeee... HAHA. Until now.. i dont really have a theme yet. Ala garden je la. HAHA.. Verangan okeh. duduk kampung nak buat ala garden. bunga apa je boleh letak? bunga kertas mak banyak la. Nak theme yang hebat pada saya kosnya juga perlu hebat.

Oleh itu, teman-teman sekalian. Saya plan nak plan sampai pengsan supaya jumpa theme dan plan yang va-ke-va-ke-babom tapi berpatutan. ehem. ade ke? kehkeh.

Dan pilihan baju nikah sudah tentu menyakitkan hati saya sebab saya jenis yang payah berpuas hati bila melibatkan penggayaan diri. Elok ke? Lawa ke? nampak gemok tak? bla-bla-bla.... dan saya sangat rendah diri. Sobs.

Sebab itu jugak saya susah nak bergambar sorang-sorang. malu. malu weh. kalau line clear baru mampu.

Tapi dalam banyak-banyak saya gugel. Banyak yang saya tak berkenan. Saya tak suka kain meleret-leret. saya duk kampung okeh. kenduri pon di kampung. bila meleret-leret logik ke saya akan angkut sume batu, pasir naik pelamin. fuh. Tau la keje bergelumang dengan batu. Tok se kawe.

antara yang menarik perhatian ialah:


1. Okeh. Dress atas ni sangat ba-ke-ba-ke-baboom... Saya suka. putih itu suci. Tapi saya ada satu masalah lagi. let say lah saya pakai warna ni masa nikah... next time outdoor pakai uniform H nanti, tak kan nak pakai balik? haha. okeh, memang jimat tapi saya tak mo. Nak pakai baju lain, pleasseee.  vAriasikan foto anda ya.

But design dia boleh dipertimbangkan.


2. Design dan warna baju di atas sangat cantik dan soft untuk buat baju nikah. Tak banyak komen pasal baju dia. design dia memang citarasa saya.. cuma.. bahagian atas yang terdedah tu boleh diubah suai sikit supaya menutup aurat kan. umm. cantik. saya suka baju yang lehernya menutup... satu masalah timbul dengan design ni, bila tudung masok dalam macam tak sesuai je. Jadi seksi pulak. um. ke tak? i dunno.


3. Pink belacan. suka jugak..... asal gambo ni pecah-pecah ah? aish. spoiled my mood. Design belah kiri tu cun.. warna pon cun.... um. lace dia walaupun banyak tapi tak nampak berat sebab bunga timbul-timbul tak ada. hopefully nanti saya tak terpaksa pakai baju banyak bunga 3D,4D nih. rimas cheq!


4. Pilihan di atas amat-amat saya cintai. cantik. sobs. ley tak cari kain dan lace sebijik macam ni tapi harga tak ribuan ringgit.? gulps. payah-payah..... Warna saya suka, design saya sudah jatuh cinta....

Dan, nak selitkan jugak pilihan ke-5 yang sempat saya kongsikan...:


5. Design, warna, auranya saya suka. "PUTIH ITU TETAP MELAMBANGKAN KESUCIAN" . Maap gambar kecik cinonet sebab pixel dia kecil.

SO, macam mana? okay tak pilihan saya...? dan pilihan anda macam mana? Ada pendapat lain untuk  saya yang kebuntuan? berminat dengan pilihan di atas? fikir-fikirkan... selamat beramal... hehehe. *pernah berangan disunting menjadi pengacara tv*

HAHA. abaikan.

with L.O.V.E,
H&M

Monday, August 26, 2013

set date.

Assalamualaikum.

pergh. siyes berkurun dah saya tak masok rumah ni. lama...... rindu... tenet selow tahap siput jadi mood nak membebel ke laut.

Ni dah bulan 8. weeeeee~

Lyaa dah kawen. weee~~

Nanti berderet-deret kawan join the club. 

saya? hehe. ade date dah. Tapi tak mau announce dulu lah. kasi surprise. citt! padahal takot tukor lagi. If let say lah kad dah tempah, nanti saya announce wokey. *wink*

Cara nak announce macam ade yang nak amik tahu je. HAHA.

ok fine!

seronoknye.. leh menaip.. siapla malam ni..... ngee~~

 

kawan punya bunga.. semalam mazni and faz kasi 3 kuntum setiap seorang. jadi saya ada 6 kuntum bunga ros...... hehe. thanks korang. i lebiu.

H&M

Wednesday, July 24, 2013

Demanding ker?

Assalamualaikum.
 
Hye.
 
Lame Gila tak update sini... Konon-konon nk buat blog cinta cintun. Habuk pon tarak. Kalau dah dasar kayu tak boleh dipaksa jiwang.. Err? Mcm tak sesuai je contoh tu.
 
Tadi pergi berbuka dengan kawan. Duduk satu meja 3 orang tapi kami kan mesra2. Duduk harus rapat padahal tiga2 nak tengok tv.  Kehkeh.
 
ade la alkisah.. Sayur jauh dengan kawan saya dan saya pulak duduk tengah. Dengan spontan nya saya sudukan sayur.
 
"wahh suweetnya Mai.. Makan dengan tunang mesti suwet habis ni.."
 
Haha. Then saya jawabla..
 
"kiteorang tak pernah makan-makan makanan macam ni.."
 
Then kawan saya pon spontan jugak jawab.
 
"pergh, maim restaurant je ea...."
 
Terkedu.
 
Tak terjawab saya. Haha. Saya abaikan je..
 
Sebenarnya bukan saya demand nak makan restaurant mahal-mahal tapi saya pernah makan luar cuma dua kali je dengan dia sepanjang kami kenal.
 
Dua dua di kl central. Satu di food court dan satu lagi KFC.  Tu pon kebetulan dia nak naik KL tau.. Sehari tu je jumpa. Sebab kami boleh dikata dalam setahun 2% je bertemu. Hehe..
 
tak ada rezeki lagi keluar dengan H ke kedai makan order-order ni.
 
Hehe..
 
Tak pa.. Bak kata dia... "biar jarang jumpa sekarang, nanti dah kawen lebih suwet."
 
Hopefully. =)
 
with L.O.V.E
H&M

Tuesday, June 11, 2013

TUkar ke Johor.

Assalamualaikum.

Hari ni genap lah 2 bulan 19 hari saya dan incik tunam bertunam. nam nam nam...... dah sehingga ke hari ini saya masih belum berpeluang untuk bertemu dengannya. nom nom nom....  

FYI, H bekerja di Melaka.

Awalnya, saya plan nak jumpa masa cuti sekolah... dah berangan baik punya. haha. Tapi, entah kenapa tiba-tiba je.... H kata dia kena pergi operasi.. nak tau di mana? 

JOHOR. huwaaaa...

Bila tau johor tu Okay lagi.... bila tanya Johor di mana.. macam Oh My English ajar, Which part of Korea do you come from? haha. come from??? okay.. Bukan KoREA. H kata, JB sempadan Singapura sana......

Gulps.

Dah la kompem dalam hutan, Hujung Semenanjung pulak. Bila tanya berapa lama?

DUA BULAN.

Okey fine! Bila bertolak.?

3 JUN 2013.

Demmmm! saya start cuti 30hb dan sabtu ahad sebelum ke Johor beliau tak ada cuti.

DEmm it. Sobs.

NI bermakna.. bila kira-kira secara matematiknya... 

[2 bulan 11 hari (sehingga 3hb Jun) + 2 bulan= 4 bulan 11 hari] tidak bertemu------> BETUL (2 Markah)

Huwaaaa............ okey. macam lah tak biasa. Ritu pon tak jumpa 8 bulan rilek je. Gile ko rilek... tanya cik uchop keliwon.. eden macam cacing kepanasan tunggu call. Macam setiap call tu dapat sejuta dollar america dah haa....

Berita Baik.

Selama 8 bulan H tak boleh bawak telefun tapi operasi kali ini boleh bawa sebab dah berkhidmat kan.

Yeay. congrats mai...! TErpelihara anda dari dosa2 kecil---> ke besar? 

Plan jumpa raya. Okeh, bukan saya plan.. tu dia yang plan. Saya tak termasuk dalam perbincangan. Kesimpulannya, saya dipaksa jumpa masa raya. Namun demikian, saya tidak janji apa-apa. RAYA kan! susah sikit family nak lepas keluar jauh-jauh.. eh? ke mak bagi.... ngeh ngeh.

Itulah alkisahnya... Nasibla eden ni jenis yang tak memberontak sangat kalau tak jumpa. ehem. yeke? masa cita kat kawan pasal ni.. 

"Ada ke dah la dah tak jumpa sejak tunam, kena operasi pulak 2 bulan ke Johor.. alamatnya bila nak jumpa?? yela bukan salah dia, tapi koi MARAH jugak hari tu.."-------->tak memberontak langsung okay.

Kihkih. Ketawa kawan saya bila saya cakap macam tu dan dia kata, "biasalah, perempuan... hihihihi"

Ummm.. berangan je la.

Sekian~

Wednesday, May 15, 2013

Degil.

Assalamualaikum.

Saya memang degil. noted. Orang degil bila merajuk ni lain macam sikit. Siyes betul. Bila orang kata A kita tak boleh nak digest dia cakap A sebab kita nak B jugak. hehe. teruk kan? ye teruk.

Saya jarang merajuk sampai simpan dalam hati tapi bila terkena satu. Hah. meletop beb. letop. Mulut? mulut saya berbisa, laser... tapi tak sampai keluar yang sensor sensor sebab laser saya dalam ayat tersendiri. Siapa selalu habiskan masa dengan saya, mereka tahu saya macam mana... cuma mereka tak bagitahu yang mereka tahu saya macam itu. hehehe. tapi saya tahu.

Dan sama juga bila saya dengan tunam... hehe. bila incik tunam salah cakap sikit.. dan dia nafikan.. oh, berdas-das saya tembak dia, siap ugut nak tunjuk bukti.. kesian dia.

Tapi yang bagusnya incik tunam saya.... "DIA TERIMA SAYA SEADANYA"

Yela, kite pemarah.. kena cari orang yang tahan dengan amarah kita... kite degil.. kena cari orang yang boleh cairkan kedegilan kita... kita susah difahami.... kena cari orang yang cuba menyelami hati budi.

Ingat dulu-dulu.. saya pernah minta dan doa supaya Allah temukan saya dengan orang yang sentiasa risaukan keselamatan saya, yang boleh tahan-tahan kelakuan saya dan orang yang boleh kontrol saya. Bila ada orang kontrol kita sikit, saya rasa sweet.. macam disayangi. hehe. okeh, tu pendapat saya lah. tak setuju? okey, abaikan.

Bila saya semakin mengenali incik tunam saya, saya semakin pasti. Dialah insan hasil daripada doa saya hari-hari.... sebab dia lah yang tahan bila saya merajuk berhari-hari, dialah yang berani halang saya daripada buat perkara yang dia tak sukai.. dan saya harap betul, jodoh kami terpelihara hingga akhir nanti.


hehe. comel.

Later,

With L.O.V.E,
H&M

Pelik.

Assalamualaikum.

Saya buka blog, tiba-tiba saya rasa.. macam lompang. Kenapa macam hilang.. macam ada sesuatu yang hilang. Saya tak tahu apa. Saya ingat-ingat lupa. Saya tak sempat post ke? saya lupa save masuk draft ke? Atau hilang.. sebab macam saya ada post sesuatu sebenarnya. Cuma saya lupa apa..

apa ya?

Pelik tapi lupa cuma rasa benar.

Later,

With L.O.V.E,
H&M

Thursday, April 18, 2013

PR1MA.

Assalamualaikum.


Saya macam biasa tak ada keje, hari-hari pasang WHI (wanita hari ini) dan biasanya main pasang je. Bila tajuk menarik baru fokus. Tadi ada satu topik menarik yang saya tengok...  pasal PR1MA. Teiba-tiba satu kesedaran masa depan melintas di fikiran. fuyooh. ayat novel tak lepas guwe.


PR1MA.

Terus tengok tefon. ishk. tak ada, maknanya dia busy sebab hari ni incik tunang ada keje.. kena ke Johor ambil barang. Jadi, tak pelah sat lagi lah tanya dia... padahal dalam hati melompat-lompat nak tanya nih. haha. tak sopan betul. 

Dong ding dong.. message.

Abaikan bunyi tu, bukan ringtone saya pom. Hah. dia dah message.... then, dah berbasa-basi baru saya tanya.. karang maen terjah je nampak sangat tak saba.

"dah daftar PR1MA tak? sebab tadi dengar kat tv dia kata pemilihan melalui undian.... daftar sekarang kot nanti kena tunggu turn.."

dia balas.

"oh dah daftar dah.. tapi tak dapat lagi... *tet* dah dapat tak BR1M?"

eh.. eden tanya pasal PR1MA kenapa masuk bab BR1M ni....

"eh.. dah daftar PR1MA? waa... tak bgitahu pon.. bagus2.. nati senang ley beli rumah pertama kite.. hehe. baru tengok WHI tentang PR1MA. diorang cabut undi nanti.. BR1M tak dapat lagi.. hehe.."

"eh... oh rumah pertamaku tak daftar lagi... bla. bla. bla...."

Start bebel. hehe.

Then, incik tunang suruh saya daftarkan guna nama dia..... betul apa. Baik mintak sekarang.. tak semestinya dapat terus. Yela, seksok nak kawen nak ada rumah sendiri kalau boleh. dah ada PR1MA ni baguslah. Membantu orang baru nak hidup kan.

Awak dah daftar? hehe. nak daftar Klik PR1MA ni ea.. nanti ikut arahan dia. Tuk masa depan, siapa tak ada rumah lagi tu boleylah.. Dia banyak jenis unit. ada teres dan apartment. Dan ada kecil dan besar. Tapi tadi ada satu soalan hangat yang pengacara WHI tanya. bagus soalannya.

"Bagaimanapula dengan mereka yang bekerja tapi tiada slip gaji.. bagaimana bagi golongan ini nak memohon..."

Dan nak tau.. ketua pengarah PR1MA sendiri tak ada jawapan bernas untuk itu. Jawab pon tersekat-sekat. Agaknya tak sangka soalan ini diajukan... lastly, dia tak menjawab soalan pun. Sedih betul. Betul jugak. saya pun nak tahu. bak kata abah punya kawan..."golongan tak ada slip gaji macam tak diakui rakyat malaysia" sebab semua benda susah nak diluluskan kecuali beli cash. yela, kadang-kadang income bulan-bulan ada tapi tak semestinya mampu beli cash kan.

Soalan sama diajukan pada perunding keewangan PR1MA.... maybe sebab soalan tak dijawab kan oleh Ketua Pengarahnya... Dan dia cuma kata bila dah mohon simpan duit siap2 untuk muka rumah.. bersedia sebelum dapat supaya pembelian berjalan lancar... okay.. cadangan menarik dari segi planning tapi still tak ley rungkai isu pembelian tanpa slip gaji. Tak pelah,sekurang-kurangnya bukan bidang kuasa dia, harap Ketua Pengarah lah yang jawab sebenarnya.... 

Apapun, sesiapa yang mahukan PR1MA sila daftar cepat ya... moga-moga ada rezeki anda dan saya. =)

With L.O.V.E,
H&M

Sunday, April 14, 2013

13.4.2013

Assalamualaikum.

Okeh. Tajuk tak ley blah sebab sama dengan entry blog satu lagi. hehe. tapi nak buat macam mana sebab tarikh tu penting. Penting untuk saya lah. Semalam, 13 april 2013 adalah birthday incik tunam. hoyay. tepuk tangan tepuk tangan.... tahniahhhhh awaaakkkkk.

Tapi kesian.

Kami bukan macam pasangan lain yang senang-senang keluar tuk raikan hari special masing-masing. Jadi, ucapan saya cuma SMS. Tambahan pula, ewah... pengaruh jawab esei bahasa melayu semalam nih. Tambahan pula, saya ambil exam semalam. Padahal dia cuti tu dari sabtu sampai isnin. Tapi duk melaka je la dia. Saya nak naik KL pon, semalam exam..... 

Apapun,

Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Jejai Ramlee,
Selamat hari jadiiiiii...

haha. nama glemer tak ley blah. lagu lain pulak.

Allah selamat kan kamu,
Allah selamat kan kamu..,
Allah selamatkan Mohd Abdulhakim,
Allah selamatkan kamuuuuuu.

okeh, koreaaa...

sechukahammida,
sechukahammida..
sechhsdadnfafhaise7teym;aeld.......................err.. tak tahu dah. HAHAHAHA. 

ampun.

Semoga Allah panjangkan umur awak tuk berbakti pada Ayah dan Ibu, Moga dimurahkan rezeki supaya mudah awak menabur bakti atas muka bumi dan Moga jodoh kita berdua berkekalan dan dirahmati Allah sampai syurga.

Aaminn.

Maaf kalau saya bukan tunang yang sempurna tapi kehadiran awak menyempurnakan perjalanan hidup saya. =)

Ikhlas.

Saya sayangkan jodoh kita. =)


With L.O.V.E,
H&M

Wednesday, April 10, 2013

ISU TAK ADA LINE.

Assalamualaikum.

Kus semangat bila dengar orang membebel tau. tambah-tambah kalau bebelan tu laju semacam, selaju keretapi laju. fuhh. tak cukup nafas nak dengar. 

Begini ceritanya.

Sejak dua menjak ni, bateri selalu habis sebab tuannya lupa cas telfun, jadi tiap-tiap pagi bangun tido baru teringat nak cas telfun, tu pun dah tahap ting tong. habis langsung bateri. Tiba-tiba tengah hari tadi i dapat call tapi kat telfun satu lagi. eh, maxis? ajaib.. lama telfun ni tak berbunyi. Tengok nama yang naik. gulps. tak sedap hati. mesti telfun satu lagi buat hal. Bila angkat, macam tak cukup nafas, orang sebelah sana membebel.

"kenapa call tak dapat? msg tak reply? pergi mana? risau tau. call maxis pon tak angkat... msg tak reply.. pot pet pot pet...."
"err.. kite cas telfun........... er... tak ade line kot... er... tak dapat pon.."
"pegi tengok! pegi.. pegi tengok tak percaya.. orang contact tak dapat.."
"okey. okey."

tut.tut.tut. talian mati.

Tengok telfun sana. no service. gulps.

saya pon call semula la guna telfun rasmi itu.... then, tak cukup nafas orang sana menjawab.. macam kapal terbang.. zoooommmmmm.... macam iron man terbang di langit biru... 

"sampai habis kredit ni ha call tak dapat, msg tak reply...... potpetpotpetpotpet......."
"kitee kat dapur tadi.. er...basuh periuk nasi.. err. nak masak.."
"kenapa? buat apa kat dapur sampai tak boleh nak bagitahu apa-apa.. kenduri ke apa??"

pulak.

hahahahahahahaha... ade ke dia perli kite ada kenduri. hahahahahaha. 

adooooiii. comel. sumpah comel. dia bebel sampai i pon tak sempat nak bagi alasan.

telefun. telefun.. awat hang tiba-tiba tak ade service pagi tadi haaa... maen-maen ea.. heh heh..

kenduri? hihihihihihihihihi... begitu sekali dia perli i. hihihihihihihihihi. sumpah comel. tergelak-gelak dengar dia cakap, gelak yang susah berhenti, bila teringat rasa nak meraung gelak. dengan gaya dia membebel tu.. fuh.. kalah perempuan.. comel. hehe. incik tunam saya comel sangat. kehkeh. nasib dia tak marah kite gelakkan dia. sebab dia tak nampak dah benda lain, yang dia fikir masa tu nak bebel je.. buat lah respon apa pon.. dia tak ade hal punya.. hehe. comel. ades.

With L.O.V.E,
H&M

Sunday, March 31, 2013

SETAHUN.

Assalamualaikum.

Sebenarnya kisah saya dan incik tunam tak pernah saya sebut dalam blog SPMA, ada satu post pasal dia pun saya sebut berkias. hehe. Tapi saya tahu ada yang faham kan. dalam entry INI

Macam mana saya jumpa dia?

Tak segan saya katakan kami mula-mula jumpa di Genting. Kota Keriangan. ehem. Masa tu keluar dengan housemates. Ramai-ramai. 10 orang pergi. Tapi, sebelum sempat kami menghuru-harakan diri bermain, kami digemparkan dengan berita; salah seorang kawan kami kehilangan handphone. Dipendekkan cerita, kes itu menyebabkan kami bertemu. 

Waktu tu suara saya serak-serak macam tu. hehehehe. sakit tekak dah nak sebulan, tak kurang-kurang..

Dan ketika itu dia sebagai polis bantuan di situ. Masa dia bantu uruskan kes tu. Kami tak berkomunikasi sangat sebab dia banyak berhubung dengan kawan saya yang kehilangan handphone. Dipendekkan cerita lagi, masa kami nak pulang.. dia ada minta no saya daripada kawan saya yang kehilangan handphone ituu menggunakan nombor telefun kawan saya yang satu lagi, handphonenya tidak ditemui. 

Awal-awal tu kawan saya tak kasi, masih ingat di ingatan...

"tak payah lah mai, dia keje genting.."

Masa tu sentap jugak. Kenapa.. Jadi seminggu berlalu sepi tanpa jawapan. Saya pula segan nak cakap yang hati saya pun berkenan. Jadi, anggap sahaja tiada jodoh. Tapi mungkin takdir tuhan, hampir seminggu kemudian.. no telefun saya bertukar tangan. =)

Kami pun mula berkenalan... baru berkenalan 2 bulan jarak jauh tanpa berjumpa. Dia ada tanya saya satu soalan pelik...

"andai kata hakim dapat masuk askar, sanggup tak tunggu hakim 6 bulan.. Lepas 6 bulan, hakim janji hantar pinangan.."

saya masa tu fikir... "eh, bila entah nak masuk askar... sekarang kan polis.." Jadi, tanpa curiga saya jawab..

"ehem... okay. InshaAllah tunggu.."

Tak lama lepas itu, dia dapat tawaran masuk tentera. Nak pergi katanya.. minat. Saya terkedu. Maka dengan itu, rasminya dia ke sana 6 bulan dan terputuslah hubungan sementara kerana bila masuk training, mereka tak dibenarkan memegang handphone. sobs.

Hari-hari tunggu phone call.

Selepas 8 bulan berkenalan. Kami berjumpa buat kali pertama. Dan perjumpaan itu bersama keluarga. Alhamdulillah, sehari kemudian.. ayahnya meluahkan niat menghantar rombongan untuk bertunang.

Itu serba ringkas tentang kami. Sebelum tunang, kami cuma pernah bertemu tiga kali.. Pertama, semasa dia meminta nombor di genting. Kedua, bertemu dan dibawa berjumpa keluarga. Ketiga, barulah jumpa berdua. Dan terakhir, semasa bertunang. Berborak pon tak sempat sebab busynya dia mengalahkan saya.

Hari ini genap SETAHUN SEHARI kami saling mengenali..... dan 9 hari kami bertunang. Perkenalan kami bukanlah perkenalan yang kaya dengan pertemuan, namun tetap menyebabkan saya bersyukur... "semoga dia jodoh saya.. aaminn ya RABB.."

Bila ada sahabat baik saya bertanya, 

"macam mana mai tahu dialah orangnya, sebab aku tau ko jenis bukan senang suka orang..."
"entahlah... senyumannya kot."

Tiada jawapan pasti untuk itu, yang saya pasti... saya juga terpaut hati dengannya... ehem. 


With L.O.V.E
H&M

DIY Paper Bag.

Assalamualaikum.

Belum cerita pasal paper bag, saya dah post pasal goodies. Tak ikut turn. hehe. maapkan saya.

Sekarang zaman DIY, semua benda nak DIYkan. Semasa majlis tunang saya, saya DIY paper bag sendiri. Sebenarnya saya nak beli je paper bag ni tapi merata-rata saya cari, di bandar temerloh tak ada yang mengaku menjualnya. heh heh. Sampai di KL pulak susah nak pergi kedai-kedai sebab tak ada transport. Kalaulah semua tempat ada LRT kan best. wehuu..

Okey, disebabkan macam-macam kedai bekalan membuat kek saya masuk tapi tak jumpa. Ada satu saya google di Kajang tapi saya susah nak pergi. Lastly, saya decide nak buat sendiri je. 

Mengada-ngadakan, tunang pon nak bagi gift-gift. Eh eh, kan saya dah kata.. kalau ikutkan kepala angin fikiran tak menentu saya ni, macaaam maaacammm saya nak buat tau. Tapi memikirkan keadaan diri yang tanam anggur dan duit simpanan yang dah hampir kering. Saya buat sekadar yang mampu, antaranya paper bag ini. 

Bahan-bahan yang saya guna, kertas bungkus nasi lemak (rm5.90/100pcs), 3 roll double tape (rm1.50/2meters), glue gun, gunting (untuk gunting double tape) dan passion. heh heh.

                               

Cara-caranya:

1. Lipat dan gamkan kedua-dua hujung kertas minyak ini (bahagian licin di dalam dan kesat di luar) menggunakan double tape kerana bahagian licin tidak melekat kalau menggunakan glue gun. Kemudia lipat bahagian tapak seperti gambar di bawah ya mengikut size yang dikehendaki, saya menggunakan 10cm. (semakin besar size lipatan, semakin lebar tapak)

                               

2. Kemudian lipat pula bahagian tapak tersebut seperti gambar di bawah untuk membentuk tapak. Gamkan bahagian tapak tersebut menggunakan glue gun.

                              

3. Paper bag anda sudah siap dan sedia untuk di gubah! =)



Ini merupakan paper bag tanpa sisi, sebenarnya saya boleh buat paper bag yang ada sisi/pelipat di tepi tapi sedikit leceh. Jadi saya decide buat tapak tapi tiada sisi. Ini lebih mudah dan comel juga. =)

Simple kan!! =)

Ironinya, last minute saya tukar design.. haha.. sebab akak kata macam lagi molek kalau ada sisi... Oleh itu, saya cuma tambahkan pelipat di tepinya menjadi seperti INI:



Inilah hasil paper bag saya sempena E-Day saya. Cute tak? hehe.. Mungkin tidak sempurna tapi sudah cukup buatkan saya puas hati dan gembira. Ewah, dan jimat juga. *wink*


CANTIK TAK?! =)


*perahsantan* hiks.

Later.

With L.O.V.E,
H&M 

GOODIES.

Assalamualaikum.

Sebut pasal goodies. Amboi tunam-tunam pon nak goodies ke. hehe. saya nak buat. Don't care. Ni bukan ikut orang. Tak timbul isu ikut orang ke tiru orang ke.. tapi isu keinginan. Saya memang nak buat dan saya memang suka nak buat.

Jadi,

Apa yang saya letak dalam paper beg tu ea... nampak mombong aje. Tau tak mombong tu apa? hahaha. Saya tak tau maksud sebenarnya. Yang saya tau..... mombong tu digunakan bila sesuatu benda tu nampak kembung.. macam pipi.. kunyah banyak sangat kan pipi jadi kembang.. kami akan guna perkataan mombong. Beg kertas tu nampak gemok aje. Jadi mombonglah jadinya. heh heh. yeke?

Dalam paper beg tu, saya letak air mineral yang cawan tu, gula-gula dan cupcake. 

Air mineral beli kedai borong... rm4 sekotak untuk 24 cawan. haa... gula-gula semua beli kedai borong kecuali choclair, orang sponsor.. ehem.

Kek cawan tu saya buat sendiri, sebenarnya bukan resepi kek cawan. tu resepi tuk kek coklat moist tapi sebab tak mau tempah cupcake luar, saya decide nak buat sendiri. Buat kek tapi dalam cup. 4 acuan jugak buat. semput. buat semalam sebelum majlis.


Gula-gula bungkus malam sebelum majlis. Mintak OK yang tolong. hehe.. terlunjur-lunjur kaki depa buat.. hehe. DIsebabkan rumah saya serangan semut menjadi-jadi sejak dua menjak ni, malam tu upacara membungkus dalam paper bag dibatalkan. Esok pagi, lepas subuh.. baru packing.



Ni la dia.. mulanya plan nak letak riben bagai, disebabkan mood last minit dah ke laut sebab banyak benda lagi nak buat. Saya batalkan niat tu. simple ni je sudah baik. Asal terlaksana juga niat saya. =)



Simple gift. nanti kawen nak buat macam mana eh.. hehehe. i is a dreamer. Jadi, plan tuk kawen and nikah hopefully terlaksana sepenuhnya. hehehehehe.

Later.

With L.O.V.E
H&M

BAJU TUNANG.

Assalamualaikum.

Bila cakap pasal baju tunang, masa mula-mula tahu ada yang sudi nak bertunang dengan saya... Saya terus fikir, "okeh, nak pakai baju apa ea.."

hehehehehehehe.

Lepas gogel banyak kali, gogel tanpa henti.. Saya decide nak pakai baju peplum. Teringin nak pakai, ada yang jual online siap veil dan lace sekali. Bila tanya harga, rm500?? oh la la,, biaq betik, kalau baju nikAH pon i  tak sanggup. Mahal. Jadi, cancel. 

Macam-macam kedai masuk sebab nak cari kain, saya ingat nak tempah je la kat kedai. Pilih design. 

Then 1 day saya lalu satu butik ni, style butik ni macam butik online dari luar.. saya pon try masuk.. Memang betul. Online butik ya. Bila masuk, kebetulan ada peplum yang dah siap! wah.......tempahan pulak guna material beliau. oh la la, lagi senang. Boleh siap dalam tempoh 10 hari sahaja. Tapi saya tak tempah dulu, nak fikir dulu. Takut menyesal jumpa design lagi De-vahh. haha.

Dah 2 minggu berlalu, tak ada penyelesaian, Saya pergi lagi sekali........ tempah je la. Tapi lace yang sesuai tak ada untuk warna yang saya pilih... huwaaaaaa. macam mana? tempah aje lah! heh heh. Dah tak sempat nak fikir, lace lace bagai.. kalau nak tambah kemudian. sendiri. okay. sendiri. sobs.

Saya tempah di MEENA BOUTIQUE HOUSE.

Tak sampai 10 hari siap,walaupun baju siap awal.. tapi minggu last nak bertunam baru terkial-kial saya jahit lace di lengan, dan 2 hari sebelum majlis, saya jahit lace di pinggang. haha... buat keje gile, buatnya tak jadi, baju rosak. mana nak cari ganti. hehe...

Tudung? veil? Tangkap muat. Tudung rm 12 dan veil tu sebenar selendang half moon, beli kat masjid india dengan cik Is dengan harga rm25. murahkan. manik-manik jugak.... Cik Is lah pilihkan, i is blurr. hehe. Alhamdulillah, sepadan walaupon warna baju pun ingat-ingat lupa sebab baju di kampung. Gambar pon tak ada. 

So, resultnya... 

saya lupa ambil gambar sebelum letak lace. Pasal veil tu saya sengaja pilih warna terang, kata penasihat saya Cik Is.. kena warna lebih soft. okay.. yela.. saya pun setuju. tudung pula mula-mula nak cari yang manik tepi tapi tak jumpa kaler. Jadi yang ni je yang ter-sesuai. Jadi, tak fikir panjang. BELI.

dan hasilnya bila pakai...



Alhamdulillah.

Simple tapi puas hati.. bila dah gabung semua benda yang mix and match tu...... menjadi rupanya. hehe. Menjadilah jugak... kite punya rasa simple tapi incik tunang kata lawa macam baju nikah. err? gulps. Ni dia kata lawa macam baju nikah... tudung pon simple aje.

nikah? tak fikir lagi nak pakai apa.

Tapi gambar atas nampak i is short lah pulak. haha. okey, kenapala i tak pakai wedges yang gojes tu.. err? gojes? wedges? adew ke? heh heh.

Thanks Cik Is.. mu tak datang tapi pertolongan mu itu ada buktinya. ces. maseh tak puas hati x-rumate eden tak hadir. hehe. Apapun, i sayang ke mu. =)

note: cik syida.. hehe. kebetulan memang ada entry ni, cuma tak post lagi. =)


With L.O.V.E
H&M

DIY Bantal Hantaran.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya ada macam macam impian nak dibuat masa majlis tunang. Macam macam ya.. maaacaaam maaacammmm *gayaspongebob*. Tapi apa kan daya, keadaan tidak mengizinkan. sobs.

Jadi mana yang saya boleh buat, saya buat. Saya DIY semuanya, mix and match pelbagai benda. Salah satu yang saya DIYkan adalah bantal hantaran. Actually saya jumpa step untuk buat bantal ni online, saya ada save link tu untuk share tapi apakan daya. Laptop saya koma dan nyanyuk lepas tu. Habis semua link dan gambar hilang. Apapun, thanks to her sebab ajar saya. 

Bagi siapa nak try nanti, boleh cuba ikut cara ni ya:

Barang-barang perlu ada: Span lembut, papan alas kek, glue gun, kapas, kain, renda@hiasan. =)

Cara-caranya:

1. Potong span mengikut ukuran papan alas kek dan pastikan ukuran span lebih besar supaya memudahkan kita untuk menampal span tersebut menggunakan glue gun.

Macam ni ya.

Jangan tampaL keempat-empat bahagian. Pastikan satu bahagian biarkan terbuka dahulu untuk proses memasukkan kapas.


2. Masukkan kapas mengikut kesesuaian size span, setelah penuh, gam kan bahagian span yang terakhir itu supaya kapas tidak terburai. (tepuk-tepuk sikit sebelum tampalan terakhir supaya kapas padat ya)


3. Balutkan dengan kain mengikut pilihan warna anda, dan pastikan bahagian kain di luar dipotong lebih supaya mudah untuk melipatnya semasa menampal.


4. Sesudah siap. Hias ikut kehendak anda. =)



Siap! Jadi.. ini lah hasil bantal saya. Cun tak? hehe.. warnanya biru jadi mungkin bantal ini cuma dipakai sekali oleh saya. Tapi disebabkan ini merupakan kali pertama saya buat, saya cukup berpuas hati.

So,

 "dik.. aok tunang ke kawen ke tak payoh beli doh.. gune akok punye aje. kihkih."

Bagi yang berminat... selamat mencuba! =)

With L.O.V.E,
H&M

Friday, March 29, 2013

SIREH JUNJUNG.

Assalamualaikum.

Orang pahang bila kahwin atau bertunang wajib bagi sireh junjung dan masa kahwin usually akan ada bunga rampai sebagai hantaran. Okey, ya saya tahu semua orang akan bagi sireh masa majlis bukan orang pahang sahaja tapi ada negeri tak panggil sireh junjung tau, mereka panggil tapak sireh. Mulanya saya tak perasan, bila akak sebut baru saya tahu.. oh, ada beza panggilan.

Kebiasaannya Gubahan sireh ni orang tak buat sendiri, sama ada mak buat, mak cik-mak cik, akak-akak, sedara-mara atau tempah aje. Melainkan orang itu sangat kreatif. hehe.

Tapi,

Malam sebelum majlis tunang tu, saya tak buat lagi sireh. Tunggu orang buat, err... sampai tengah malam, tak buat lagi. Oh la la. Then, saya kerah OK saya tuk berfikir dengan saya.. hehehehe. Sian mereka, dah la fenat bungkuskan gula-gula...... Lepas tu, kena tolong buat sireh...  Alamak. Semua orang ada keje sendiri, adalah orang yang nak bagi nasihat tapi nasihat je, tak tolong pon.. angin sepoi-sepoi bahasa pon datang. hehehehe.

Bila dah buntu sangat tu, saya keluarkan stok lebih bunga yang saya ada.. span yang kakak sepupu beri pon membantu jugak, asalnya mak kata nak guna betik.. betik muda. Tetiba, tak ada... ayopoo.. 

Then, Cik Mi3a nampak ada gumpalan bunga yang tak berapa nak cantik. 

"Ni tuk apa mai?"
"Mai ingat nak buat hand bouquet tapi tak jadi pulak shape dia..hehe"
"oh, nak buat lagi ke?"
"tak lah, malas... tak jadi.."
"boleh la.. letak atas ni.."
"oh?!"

Bijak. Bijak. Seronok ada kawan bijak bijak ni. hahahaha. Tak pasal, setel part tu. heh heh.

Lepas tu start lah otter punya otter.... hah. Jadi! 

HASILNYA.


Hahahahaha. nak tergelak tengok. Kapur, Pinang, gambir semua saya tak letak. Mak sedara ada bagi tapi raw punya material, tak kupas, tak apa, semua tak... Macam mana nak tahu letak macam mana, saya dan kawan-kawan kan remaja hampir senja. Saya letak je tepi, abaikan. heh heh.

Bila keesokkan harinya, rombongan sampai.. OK datang tepi tingkap report sesuatu.. katanya, sireh junjung orang sebelah merimbun.. Nampak kerdil je kita punya. heh heh.

Oleh sebab itu, Saya tak nak letakgambar sireh junjung orang sebelah. Seriously, Lawaaaa. =P

Stop kisah sireh, banyak tau kisah tunang saya ni... Saya nak cerita satu-satu.. sebab sebelum tunang tak ley cite.. saya takot tak jadi tapi dah di canang-canang. Risau juga.

Bertunang pon belum pasti tapi hopefully, jodoh kami diredhai dan diberkati sampai akhir masa. SAmpai syurga. InshaAllah. Aaminn.

With L.O.V.E
H&M

Wednesday, March 27, 2013

OUTDOOR.

Assalamualaikum.

Hahahaha.

Mulakan hari dengan gelakkan.. err. jangan. jangan. mulakan harimu dengan senyuman. 

hehehehe. sopan

Amboih, outdoor bagai. beri'ya benau tajuknya. Tunam je pom kan. Mulanya tak terfikir pon nak outdoor bagai. Yela, candid bawah pokok rambutan pon outdoor lah tu kan. 

Mula-mula saya plan nak tangkap gambar atas jalan je, duk tengah-tengah jalan tu. Bila pikir, risiko betul permintaan saya tu.. buatnya di tabrak mobil bagaimana dong. heh heh.

Tapi tiba-tiba OK kata nak tangkap tepi sungai. Saya dah terpikir sungai depan rumah , seberang jalan raya aje tapi semak betol. bila nak ajak ke tepi sangkar ikan patin, dekat je dengan rumah taaapiii..... macam malulaa... orang kampong tengok. hehehe.

Then, saya suggestkan ESPLANET di bandar. Haa.. Tak sangka semua setuju. tempoh diberikan 1 jam sahaja sebab Cik Mai nak naik bas balik KL. hehe...Kami pon keluar, bawak kamera abang pok pok ku syg... hehe. pijam. Photographer kasi tinggal di rumah, dibiarkan rehat. hehe.

dengan perasaan tak malunya, kami gerak ke sana dengan saya berpakaian lengkap tunangan orang. err.

gile ke tak malu. tebalkan aje muka. kawan-kawan kan ada. heh heh.

 Tiga orang gadis pingitan.. menunggu jejaka impian. ewah.

 Esplanet Temerloh. "selamat datang ke Temerloh" =)

 Creadit to Cik Mai daripada Cik Mai. er? hehe..

 SAYAng sama kamoooo dan kamooo kamooo.

Feeling.

 Beshfuwens.

inilah OK saya.. bukan OKU ye.. Tapi Orang Kuat. Ok. Okaylah kan jadi OK.... heh heh.

itulah hasilnya.

Dan entry ini menandakan berakhirnya cerita majlis pertunangan saya. hehe. Lepas ni saya share apa yang saya DIY, dan cerita sepanjang persiapan saya sebelum majlis. 

Kot kot ada yang mahukan panduan.. bolehlah ikot cara saya. Cara saya adalah cara orang yang suka dan perlukan penjimatan. kehkeh.

Harap Maklum. ngeee~

With L.O.V.E
H&M

Tuesday, March 26, 2013

CANDID.

Assalamualaikum.

Lepas habis semua orang sebelah balik, saya kasi makan kawan-kawan saya.. kesian mereka.. tak makan lagi.. dah la lapar... summer peak pulak tu bak kata cik yana.. hehehehe. sian mereka. Dah siap tunggu mereka makan, kami nak tangkap gambar pulak. Nak tangkap mana ea? hehe. 

Disebab saya tak buat any mini, mono, moni pelamin.. tak dak, tak dak... Jadi saya suggestkan bawah pokok rambutan.. heh heh..sejuk, berangin dan teduh giteww.. tapi malangnya... kalau kita duduk bawah pokok, maksudnya my abang ipar kena duk tengah panas tangkap gambar.. hehe.. maapkan saye. =P


After my schoolmate ni pulang ke ganggang... Geng OK pon turun lah bawah tuk bergambar. hehe.

Suddenly,

sebab panas agaknya, abang ipar tukar lens.. so, dia tangkap dari depan rumah, so boleh duduk bawah atap dan kami duduk bawah pokok mutan.. bukan mutan X ea.. pokok rambutan. Bermula lah adegan bergambar yang tak disangka-sangka.... 


Part candid ni boleh bikin wa senyum... gelagat kawan-kawan i is awesome. Nampak feel happy and bahagia di situ. Dan nampak bebenar mereka excited sama macam saya. hehe.. almaklumla... beshfuwen bertunam.. mereka is happy. err. yeke.. ke korang buat-buat happy? hah?! hah?!

hehehehehe. I love uolls lah kaw kaw punya! =)


Nampak tak? ade value gambar ni, macam bercerita. hehe. Gambar dalam entry ni memang candid.. sebab ingat tangkap gambar lain rupanya cara lain my OK amik. hehe.. ditegaskan di sini OK is Orang Kuat. hehe.

Gambar bawah ni, beshfuwens masa matrik. hehe. Cik Mai semangat datang dari johor, naek bas 7-8 jam ya.. Yang lagi sorang si kecik molek, cik Mi3a mujur keje di Jengka, dan kami semua orghang Pahang. hehe.

 
Gambar bawah ni macam epik jugak lah, macam fairy tale pon ada.. Ada macam-macam melodramatik punya value di situ. Ada silat, ada ulit mayang dan ada tunduk hormat semualah. hehehehe.. suweet lah awok ni. Satu-satunya ahli kumpulan Mawardah yang hadir. Terharu lah awok. Naek bas dari hostel awok. hehe.

Harap maklum, kumpulan Mawardah bukan kumpulan nasyid dan bukan kumpulan ajaran sesat ye. ngee~


Last but not least. Mi Familia..


Okey, itu part candid. heh heh.... banyak part pulak kan. Sebenarnya nak buat tajuk PART I, II, III bagai.. tapi bila buat macam tu rasa macam banyak benar je gayanya. So, me decide nak buat tajuk tak ada kaitan. Lama jugak nak buat satu entry sebab gambar banyak..

Nak letak gambar menjela-jela i is malas. =P Jadi, combine kan yang mana molek dan seksok boleh print. Maklumla, tak ada profesional photographer.. Ade abang ipar tukang ambil gambar pon dah OK sangat. hehe.

Later.

With L.O.V.E
H&M

Monday, March 25, 2013

MAJLIS.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Special thanks to my family and friends. Yela, tanpa keluarga majlis tak akan berjaya dan tanpa kawan-kawan, majlis tidak meriah mana la kan.... thanks sudi datang~ =)

Tak tahu nak cakap apa, ada jugak benda yang saya speechless nak cakap.. haha. =P

Apa boleh saya katakan, saya sangat gembira. Macam tak percaya, "eh, dah jadi tunang orang la..."

Bila ditanya incik Tunam, majlis macam mana.. dia kata perfect dah, okay sangat dah. Dan suka betul dia makan ikan patin, sedap katanya. hehe. Nama pon orang temerloh, haruslah hidang ikan patin yang sedap.. hehe.. masak tempoyak. Mula-mula, abah kata ingatkan orang utara tak suka... takot jugak nak hidang. Bila dah hidang, minta tambah rupanya. hehe. Alhamdulillah.

Orang datang dari jauh, mestilah hidang sesuatu yang special kan, nama pon orang Temerloh. Temerloh kan bandar ikan patin.. hehe.

Kebetulan sekarang musim panas, cahaya berlebih-lebihan, rumput kuning sebab kering, daun pokok jatuh berguguran, kelakar pulak. boleh feeling autumn la. Tapi yang tak tahan, muka berminyak-minyak.. berkilo-kilo. panas sangat. hehe.

 Dengan famili, Mak mak, abah abah bersama anak-anak-to-be. hehe... Okay, cik yana tu macam famili dah, jadi selit gambar dia pon tak apa lah.

Dan untuk kali pertamanya, saya umumkan incik tunam saya.... Mr. Mohd Abdulhakim. Nama panggilan biarlah rahsia.. nak elakkan guna nama beliau. heh heh.. 

 Inilah incik Tunam saya, hehehe.. sebelum ni saya tak pernah publish gambar kami dua, takot juga.. takot tak jadi, InshaAllah, dah tunam ni moga jodoh sampai syurga. aaminn.

 Kenduri.. hehe.. tengah bincang-bincang, borak-borak... gulps.

 Mi Familia... =)

 Member rapat sekolah... hehe. Thanks sudi datang! =)

 Wif Mak. Love Her. ehem. ngeee~~~

Masa sarung cincin ni, cincin sangkut kat tengah jari, mak dah pandang saya... macam takot tak muat aje.. hehe.. akhirnya lepas. hehe. main main jari ni, nakal tau... jangan buat hal. hehehehe... 

Mi Familia too. =)

Banyak-banyak gambar, satu pon tak ada gambar my abang zul. gulps. Beliau photographer saya, OK jugak lah.. hehe. Orang Kuat! hehehehehe. harap dia tak baca ni. Kang kembang semangkuk.

Lepas majlis mak cerita, masa saya keluar dari bilik nak sarung cincin, mak kata nampak ayah tunam saya senyum lebar je.. hehe. then, saya cakap kat mak.. saya dan father-in-law to be kamching laa.. haha. *perasan je eden*

Setel majlis, hantar mereka pulang.. Saya malu sangat, tapi rasa macam nak turun jugak, sampai ajak cik yana teman. Nama pon malu tapi mahu kan.. kehkeh. Lepas tu cakap kat Abang zul, nak tangkap gambar dengan tunam. Tapi kejap je, gelap pulak tu gambarnya sebab dia nak cepat. Busy betul dia, macam dia pulak kenduri.. ke hulu ke hilir salam orang.. Nak ambil hati leteeeww.. Lagipun, family incik tunam nak ke terengganu pulak. Jadi, tak ley lama-lama..

Jeling-jeling je la kat dia... heh heh. 

Okay. stop. stop. tak tahu nak cakap apa lagi da. heh heh.


With L.O.V.E
H&M