Friday, March 29, 2013

SIREH JUNJUNG.

Assalamualaikum.

Orang pahang bila kahwin atau bertunang wajib bagi sireh junjung dan masa kahwin usually akan ada bunga rampai sebagai hantaran. Okey, ya saya tahu semua orang akan bagi sireh masa majlis bukan orang pahang sahaja tapi ada negeri tak panggil sireh junjung tau, mereka panggil tapak sireh. Mulanya saya tak perasan, bila akak sebut baru saya tahu.. oh, ada beza panggilan.

Kebiasaannya Gubahan sireh ni orang tak buat sendiri, sama ada mak buat, mak cik-mak cik, akak-akak, sedara-mara atau tempah aje. Melainkan orang itu sangat kreatif. hehe.

Tapi,

Malam sebelum majlis tunang tu, saya tak buat lagi sireh. Tunggu orang buat, err... sampai tengah malam, tak buat lagi. Oh la la. Then, saya kerah OK saya tuk berfikir dengan saya.. hehehehe. Sian mereka, dah la fenat bungkuskan gula-gula...... Lepas tu, kena tolong buat sireh...  Alamak. Semua orang ada keje sendiri, adalah orang yang nak bagi nasihat tapi nasihat je, tak tolong pon.. angin sepoi-sepoi bahasa pon datang. hehehehe.

Bila dah buntu sangat tu, saya keluarkan stok lebih bunga yang saya ada.. span yang kakak sepupu beri pon membantu jugak, asalnya mak kata nak guna betik.. betik muda. Tetiba, tak ada... ayopoo.. 

Then, Cik Mi3a nampak ada gumpalan bunga yang tak berapa nak cantik. 

"Ni tuk apa mai?"
"Mai ingat nak buat hand bouquet tapi tak jadi pulak shape dia..hehe"
"oh, nak buat lagi ke?"
"tak lah, malas... tak jadi.."
"boleh la.. letak atas ni.."
"oh?!"

Bijak. Bijak. Seronok ada kawan bijak bijak ni. hahahaha. Tak pasal, setel part tu. heh heh.

Lepas tu start lah otter punya otter.... hah. Jadi! 

HASILNYA.


Hahahahaha. nak tergelak tengok. Kapur, Pinang, gambir semua saya tak letak. Mak sedara ada bagi tapi raw punya material, tak kupas, tak apa, semua tak... Macam mana nak tahu letak macam mana, saya dan kawan-kawan kan remaja hampir senja. Saya letak je tepi, abaikan. heh heh.

Bila keesokkan harinya, rombongan sampai.. OK datang tepi tingkap report sesuatu.. katanya, sireh junjung orang sebelah merimbun.. Nampak kerdil je kita punya. heh heh.

Oleh sebab itu, Saya tak nak letakgambar sireh junjung orang sebelah. Seriously, Lawaaaa. =P

Stop kisah sireh, banyak tau kisah tunang saya ni... Saya nak cerita satu-satu.. sebab sebelum tunang tak ley cite.. saya takot tak jadi tapi dah di canang-canang. Risau juga.

Bertunang pon belum pasti tapi hopefully, jodoh kami diredhai dan diberkati sampai akhir masa. SAmpai syurga. InshaAllah. Aaminn.

With L.O.V.E
H&M

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak maria. bagi lah gambar lagi satu sireh cantik tu! hehehe. insyallah. sheila doakan kak maria dan tunang selamat diijabkabulkan :)

    ReplyDelete
  2. Hello Maria, for a moment I thought you that bintang filem 'Maria Menado' P. Ranli's time.
    I enjoyed read your this posting.
    Long time ago when I stayed at my Malay friend's kampong, the makciks let me try that sireh....
    I chewed few times, then chsbut chuchi muka, mulut, ha ha ha.

    You have a nice weekend, keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  3. hehehhehe, okeylaa tu lawa.. :)

    PS: Samalaa mcm kte, tak berani nk canang-canang.

    ReplyDelete
  4. Mai.. review baju.. suka tgk baju tu sbb cantik sangat!

    ReplyDelete

*Wink*