Tuesday, June 11, 2013

TUkar ke Johor.

Assalamualaikum.

Hari ni genap lah 2 bulan 19 hari saya dan incik tunam bertunam. nam nam nam...... dah sehingga ke hari ini saya masih belum berpeluang untuk bertemu dengannya. nom nom nom....  

FYI, H bekerja di Melaka.

Awalnya, saya plan nak jumpa masa cuti sekolah... dah berangan baik punya. haha. Tapi, entah kenapa tiba-tiba je.... H kata dia kena pergi operasi.. nak tau di mana? 

JOHOR. huwaaaa...

Bila tau johor tu Okay lagi.... bila tanya Johor di mana.. macam Oh My English ajar, Which part of Korea do you come from? haha. come from??? okay.. Bukan KoREA. H kata, JB sempadan Singapura sana......

Gulps.

Dah la kompem dalam hutan, Hujung Semenanjung pulak. Bila tanya berapa lama?

DUA BULAN.

Okey fine! Bila bertolak.?

3 JUN 2013.

Demmmm! saya start cuti 30hb dan sabtu ahad sebelum ke Johor beliau tak ada cuti.

DEmm it. Sobs.

NI bermakna.. bila kira-kira secara matematiknya... 

[2 bulan 11 hari (sehingga 3hb Jun) + 2 bulan= 4 bulan 11 hari] tidak bertemu------> BETUL (2 Markah)

Huwaaaa............ okey. macam lah tak biasa. Ritu pon tak jumpa 8 bulan rilek je. Gile ko rilek... tanya cik uchop keliwon.. eden macam cacing kepanasan tunggu call. Macam setiap call tu dapat sejuta dollar america dah haa....

Berita Baik.

Selama 8 bulan H tak boleh bawak telefun tapi operasi kali ini boleh bawa sebab dah berkhidmat kan.

Yeay. congrats mai...! TErpelihara anda dari dosa2 kecil---> ke besar? 

Plan jumpa raya. Okeh, bukan saya plan.. tu dia yang plan. Saya tak termasuk dalam perbincangan. Kesimpulannya, saya dipaksa jumpa masa raya. Namun demikian, saya tidak janji apa-apa. RAYA kan! susah sikit family nak lepas keluar jauh-jauh.. eh? ke mak bagi.... ngeh ngeh.

Itulah alkisahnya... Nasibla eden ni jenis yang tak memberontak sangat kalau tak jumpa. ehem. yeke? masa cita kat kawan pasal ni.. 

"Ada ke dah la dah tak jumpa sejak tunam, kena operasi pulak 2 bulan ke Johor.. alamatnya bila nak jumpa?? yela bukan salah dia, tapi koi MARAH jugak hari tu.."-------->tak memberontak langsung okay.

Kihkih. Ketawa kawan saya bila saya cakap macam tu dan dia kata, "biasalah, perempuan... hihihihi"

Ummm.. berangan je la.

Sekian~

Wednesday, May 15, 2013

Degil.

Assalamualaikum.

Saya memang degil. noted. Orang degil bila merajuk ni lain macam sikit. Siyes betul. Bila orang kata A kita tak boleh nak digest dia cakap A sebab kita nak B jugak. hehe. teruk kan? ye teruk.

Saya jarang merajuk sampai simpan dalam hati tapi bila terkena satu. Hah. meletop beb. letop. Mulut? mulut saya berbisa, laser... tapi tak sampai keluar yang sensor sensor sebab laser saya dalam ayat tersendiri. Siapa selalu habiskan masa dengan saya, mereka tahu saya macam mana... cuma mereka tak bagitahu yang mereka tahu saya macam itu. hehehe. tapi saya tahu.

Dan sama juga bila saya dengan tunam... hehe. bila incik tunam salah cakap sikit.. dan dia nafikan.. oh, berdas-das saya tembak dia, siap ugut nak tunjuk bukti.. kesian dia.

Tapi yang bagusnya incik tunam saya.... "DIA TERIMA SAYA SEADANYA"

Yela, kite pemarah.. kena cari orang yang tahan dengan amarah kita... kite degil.. kena cari orang yang boleh cairkan kedegilan kita... kita susah difahami.... kena cari orang yang cuba menyelami hati budi.

Ingat dulu-dulu.. saya pernah minta dan doa supaya Allah temukan saya dengan orang yang sentiasa risaukan keselamatan saya, yang boleh tahan-tahan kelakuan saya dan orang yang boleh kontrol saya. Bila ada orang kontrol kita sikit, saya rasa sweet.. macam disayangi. hehe. okeh, tu pendapat saya lah. tak setuju? okey, abaikan.

Bila saya semakin mengenali incik tunam saya, saya semakin pasti. Dialah insan hasil daripada doa saya hari-hari.... sebab dia lah yang tahan bila saya merajuk berhari-hari, dialah yang berani halang saya daripada buat perkara yang dia tak sukai.. dan saya harap betul, jodoh kami terpelihara hingga akhir nanti.


hehe. comel.

Later,

With L.O.V.E,
H&M

Pelik.

Assalamualaikum.

Saya buka blog, tiba-tiba saya rasa.. macam lompang. Kenapa macam hilang.. macam ada sesuatu yang hilang. Saya tak tahu apa. Saya ingat-ingat lupa. Saya tak sempat post ke? saya lupa save masuk draft ke? Atau hilang.. sebab macam saya ada post sesuatu sebenarnya. Cuma saya lupa apa..

apa ya?

Pelik tapi lupa cuma rasa benar.

Later,

With L.O.V.E,
H&M

Thursday, April 18, 2013

PR1MA.

Assalamualaikum.


Saya macam biasa tak ada keje, hari-hari pasang WHI (wanita hari ini) dan biasanya main pasang je. Bila tajuk menarik baru fokus. Tadi ada satu topik menarik yang saya tengok...  pasal PR1MA. Teiba-tiba satu kesedaran masa depan melintas di fikiran. fuyooh. ayat novel tak lepas guwe.


PR1MA.

Terus tengok tefon. ishk. tak ada, maknanya dia busy sebab hari ni incik tunang ada keje.. kena ke Johor ambil barang. Jadi, tak pelah sat lagi lah tanya dia... padahal dalam hati melompat-lompat nak tanya nih. haha. tak sopan betul. 

Dong ding dong.. message.

Abaikan bunyi tu, bukan ringtone saya pom. Hah. dia dah message.... then, dah berbasa-basi baru saya tanya.. karang maen terjah je nampak sangat tak saba.

"dah daftar PR1MA tak? sebab tadi dengar kat tv dia kata pemilihan melalui undian.... daftar sekarang kot nanti kena tunggu turn.."

dia balas.

"oh dah daftar dah.. tapi tak dapat lagi... *tet* dah dapat tak BR1M?"

eh.. eden tanya pasal PR1MA kenapa masuk bab BR1M ni....

"eh.. dah daftar PR1MA? waa... tak bgitahu pon.. bagus2.. nati senang ley beli rumah pertama kite.. hehe. baru tengok WHI tentang PR1MA. diorang cabut undi nanti.. BR1M tak dapat lagi.. hehe.."

"eh... oh rumah pertamaku tak daftar lagi... bla. bla. bla...."

Start bebel. hehe.

Then, incik tunang suruh saya daftarkan guna nama dia..... betul apa. Baik mintak sekarang.. tak semestinya dapat terus. Yela, seksok nak kawen nak ada rumah sendiri kalau boleh. dah ada PR1MA ni baguslah. Membantu orang baru nak hidup kan.

Awak dah daftar? hehe. nak daftar Klik PR1MA ni ea.. nanti ikut arahan dia. Tuk masa depan, siapa tak ada rumah lagi tu boleylah.. Dia banyak jenis unit. ada teres dan apartment. Dan ada kecil dan besar. Tapi tadi ada satu soalan hangat yang pengacara WHI tanya. bagus soalannya.

"Bagaimanapula dengan mereka yang bekerja tapi tiada slip gaji.. bagaimana bagi golongan ini nak memohon..."

Dan nak tau.. ketua pengarah PR1MA sendiri tak ada jawapan bernas untuk itu. Jawab pon tersekat-sekat. Agaknya tak sangka soalan ini diajukan... lastly, dia tak menjawab soalan pun. Sedih betul. Betul jugak. saya pun nak tahu. bak kata abah punya kawan..."golongan tak ada slip gaji macam tak diakui rakyat malaysia" sebab semua benda susah nak diluluskan kecuali beli cash. yela, kadang-kadang income bulan-bulan ada tapi tak semestinya mampu beli cash kan.

Soalan sama diajukan pada perunding keewangan PR1MA.... maybe sebab soalan tak dijawab kan oleh Ketua Pengarahnya... Dan dia cuma kata bila dah mohon simpan duit siap2 untuk muka rumah.. bersedia sebelum dapat supaya pembelian berjalan lancar... okay.. cadangan menarik dari segi planning tapi still tak ley rungkai isu pembelian tanpa slip gaji. Tak pelah,sekurang-kurangnya bukan bidang kuasa dia, harap Ketua Pengarah lah yang jawab sebenarnya.... 

Apapun, sesiapa yang mahukan PR1MA sila daftar cepat ya... moga-moga ada rezeki anda dan saya. =)

With L.O.V.E,
H&M