Monday, December 16, 2013

Berebut Weekend.

Assalamualaikum.

Di kg saya ada tiga orang nama sama. Ops.. bukan nama betul yg sama tapi nama panggilan. hehe. ketiga2 tu lain usia. 

yang tua kami panggil ida besar.

yang no.2 kami panggil ida bedah. sebab apa sampai sekarang saya tak tau.. nama betulnya kot. hehe.

yang paling muda pulak sebagai ida kecik. sebab paling kecik. dan ida kecik tu sayeeee.... hehe......... dulula kecik.. ngee. 

kalau datang kg cari saya jangan tanya "mana rumah mai?" tapi tanya "rumah ida mana?" baru orang akan dapat gambaran. 

dan di kg saya ada 3 orang je yang sebaya saya perempuan. ida-jimoh-dedek. pelik2 kan nama kami. hehe...

membesar sama2.. ngaji sama2.. sekolah rendah pon sama2.... dan paling tragik... kami sama2 plan nak kawen bulan sama. sama2 plan tu tanpa bincang duduk semeja sambil minum air milo okeh. hehe..

saya dengan jimoh bff sampai sekarang. jadi saya dah bincang dengan dia.. sekarang konflik cuma saya dgn dedek.... mak dia pon nak cuti sekolah. haha..

susah kan. bukan xnak serentak tapi kami duduk kg yang masih mengamalkan kaedah rewng ok. so kami xley buat serentak sebab orang penat tu orang kg.. 

so until now saya masih tak au status dia.. tapi before ni dah plan dengan dia. dia awal dan saya hujung. but before calendar 2014 keluar..

rasa kelako bila mak2 riso... tak pe.. inshaAllah... segalanya akan berjalan lancar.. aaminn..



jangan tanya persiapan... nan-hadoo... kihkih. rasa gelap dunia sat.  ngeeeee...

tata peeps! lebiu.

H&M wif alots of love.

Saturday, November 30, 2013

CHECK LISTS.

Assalamualaikum.

tak pasal letak gambo mamat ni! ha3.


ESOK menandakan lagi 4 bulan nak majlis. Cuba teka.. apa persiapan dah buat??? nan hadoooo....... huwa.. okey. tipula tak buat apa-apa.. ada lah booking satu benda. wedding planner aje. Benda lain? nan hadooo.... satu habuk tak beli, satu habuk tak booking.

risau dah tiba-tiba. 

Hari tu beri'ya plan nak beli langsir baru bagai. Bayangkan, langsir kat uma tu dah guna 7 tahun sejak akak kahwin dulu. hahaha..... amazing nara okeh. Ingat nak tukor. mulot duk berbasa-basi dengan mak and akak-akak pasal nak tukor langsir. tak ade respon positip. ceh.

Nak pegi beli sorang2?? emang enggak lah. tak pandai eh. kang ramai-ramai komplen pulop kata kenapa tak macam ni kenapa tak macam tu..... ceh.

checklist NOVEMBER:

1. Wedding Planner: D'Farhana.

dah.

haha. dah memang tu je. tak tipu. jadi satu je lah checklistnya. adoi. sabau je le. tengok minggu depan tempah kad kahwin.... minggu depan?? dari bulan lepas den kato minggu depan, sampai la ni dok tempah-tempah jugak. ngeh ngeh~~

Sekian~

Sunday, November 3, 2013

Bila ketika..

Assalamualaikum.

Hai.

Bila ketika..... sila sambung ayat ini.

Haha. abaikan....

ini tak ada kaitan dengan H&M bagai... fuh. poyos semuanya ini. ngee.....

Tapi bila ketika anda berada si situasi di mana anda tak boleh tapi orang lain boleh. um. agak kecewa di situ. Saya tak marah... tapi kecewa. Saya ni kalau bukan orang kesayangan pun saya tak kisah mana.... tapi bila masa saya jadi orang yang tidak dipercayai.. itu mengecewakan. 


Okeh. ni langsung tak ada kaitan dengan cintan cintun bagai. luahan hati je. 

Sadis.

berlaku depan mata. tapi saya butakan pandangan dan butakan pemahaman. Buat-buat tak faham.

itu membuatkan hati saya lebih kecewa.

apa boleh buat.

kadang-kadang jeles dengan orang yang outspoken. tapi bila cuba nak jadi begitu, saya tak sampai hati....

itu kekurangan saya. kurang keyakinan diri.

sobs.

Tak apa mai.. apa-apa.. ngadu padaNya sahaja... =(

With L.O.V.E
M only.

Friday, November 1, 2013

Design baju Nikah pilihan.

Assalamualaikum.

Haii peeps.! lama betul tak hupdate. berhabuk dah. belog ni paling berhabuk berbanding my personal blog ituww.

Okay.

Bila planning pasal kahwin. Saya paling takot bila saya tak cantik masa itu. HAHA. okay. ngade-ngade tapi itu kisah benar. SAya takot majlis tak berjalan lancar. Takot tak memenuhi citarasa saya. Umm. 

Tapi dalam risau.. saya masih berupaya untuk gugel design Baju Nikah yang berkenan di hati.

Tema? USah di tanya pleaseeeee... HAHA. Until now.. i dont really have a theme yet. Ala garden je la. HAHA.. Verangan okeh. duduk kampung nak buat ala garden. bunga apa je boleh letak? bunga kertas mak banyak la. Nak theme yang hebat pada saya kosnya juga perlu hebat.

Oleh itu, teman-teman sekalian. Saya plan nak plan sampai pengsan supaya jumpa theme dan plan yang va-ke-va-ke-babom tapi berpatutan. ehem. ade ke? kehkeh.

Dan pilihan baju nikah sudah tentu menyakitkan hati saya sebab saya jenis yang payah berpuas hati bila melibatkan penggayaan diri. Elok ke? Lawa ke? nampak gemok tak? bla-bla-bla.... dan saya sangat rendah diri. Sobs.

Sebab itu jugak saya susah nak bergambar sorang-sorang. malu. malu weh. kalau line clear baru mampu.

Tapi dalam banyak-banyak saya gugel. Banyak yang saya tak berkenan. Saya tak suka kain meleret-leret. saya duk kampung okeh. kenduri pon di kampung. bila meleret-leret logik ke saya akan angkut sume batu, pasir naik pelamin. fuh. Tau la keje bergelumang dengan batu. Tok se kawe.

antara yang menarik perhatian ialah:


1. Okeh. Dress atas ni sangat ba-ke-ba-ke-baboom... Saya suka. putih itu suci. Tapi saya ada satu masalah lagi. let say lah saya pakai warna ni masa nikah... next time outdoor pakai uniform H nanti, tak kan nak pakai balik? haha. okeh, memang jimat tapi saya tak mo. Nak pakai baju lain, pleasseee.  vAriasikan foto anda ya.

But design dia boleh dipertimbangkan.


2. Design dan warna baju di atas sangat cantik dan soft untuk buat baju nikah. Tak banyak komen pasal baju dia. design dia memang citarasa saya.. cuma.. bahagian atas yang terdedah tu boleh diubah suai sikit supaya menutup aurat kan. umm. cantik. saya suka baju yang lehernya menutup... satu masalah timbul dengan design ni, bila tudung masok dalam macam tak sesuai je. Jadi seksi pulak. um. ke tak? i dunno.


3. Pink belacan. suka jugak..... asal gambo ni pecah-pecah ah? aish. spoiled my mood. Design belah kiri tu cun.. warna pon cun.... um. lace dia walaupun banyak tapi tak nampak berat sebab bunga timbul-timbul tak ada. hopefully nanti saya tak terpaksa pakai baju banyak bunga 3D,4D nih. rimas cheq!


4. Pilihan di atas amat-amat saya cintai. cantik. sobs. ley tak cari kain dan lace sebijik macam ni tapi harga tak ribuan ringgit.? gulps. payah-payah..... Warna saya suka, design saya sudah jatuh cinta....

Dan, nak selitkan jugak pilihan ke-5 yang sempat saya kongsikan...:


5. Design, warna, auranya saya suka. "PUTIH ITU TETAP MELAMBANGKAN KESUCIAN" . Maap gambar kecik cinonet sebab pixel dia kecil.

SO, macam mana? okay tak pilihan saya...? dan pilihan anda macam mana? Ada pendapat lain untuk  saya yang kebuntuan? berminat dengan pilihan di atas? fikir-fikirkan... selamat beramal... hehehe. *pernah berangan disunting menjadi pengacara tv*

HAHA. abaikan.

with L.O.V.E,
H&M